Attention:

Members please update your information....

Click here to update!

Monday, December 22, 2008

Have A Heart - Laporan Penuh


news @ ntv7 Dec 20th

Tempat: Institut Jantung Negara.
Tarikh: 20 Disember 2008.
Waktu: 10.30am - 02.30pm.
Penganjur: Balairaya 360.


Objektif :
  • Untuk meluangkan sedikit masa bersama-sama pesakit kanak-kanak IJN dan cuba menceriakan mereka.
  • Penyerahan sedikit sumbangan untuk para pesakit dan menyampaikan hadiah impian dua orang pesakit untuk 'Wish List Programme' anjuran IJN.
  • Mengajak lebih ramai masyarakat Malaysia amnya dan komuniti bloggers khususnya agar sama-sama memberi perhatian dalam apa juga bentuk kepada pesakit-pesakit di IJN.
Idea untuk cuba menceriakan pesakit IJN tercetus apabila tersentuhnya hati salah seorang dari bloggers Kampung Sri 360 apabila beliau menyaksikan video berkenaan IJN yang ditayangkan di Konsert IJN Sheila Majid awal tahun ini. Komuniti Balairaya 360 menyambut baik usul yang diberi dan telah sama-sama berusaha untuk menjayakan projek 'Have A Heart' bagi pesakit kanak-kanak di IJN. Projek perintis Balairaya 360 ini telah mendapat sambutan seluruh warga kampung, tidak kira dimana mereka berada walau terpisah antara benua, malahan mendapat perhatian bukan warga Malaysia juga. Sejumlah wang berjaya dikumpul serta sumbangan berupa barangan dari orang-orang perseorangan telah diterima. Projek ini membuktikan persahabatan alam maya yang erat terjalin serta direalisasikan untuk satu niat yang mulia.

Diharap 'Have A Heart' dapat menimbulkan kesedaran kepada masyarakat supaya kita tidak lupa kepada mereka-mereka yang kurang bernasib baik terutamanya golongan kanak-kanak dan bayi. Adalah menjadi harapan sekiranya ini menjadi pemangkin kepada orang ramai khasnya komuniti bloggers lain agar tampil dengan program-program kemasyarakatan seumpamanya dalamana masing-masing meriah di alam siber. Pihak penganjur serta IJN sangat mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk sama-sama membantu meringankan beban pesakit-pesakit di IJN untuk masa akan datang. Semoga 'Have A Heart' akan menjadi titik permulaan untuk kita semua.

Dengan kejayaan projek ini diharap dapat menimbulkan kesedaran kepada masyarakat bahawa kewujudan bloggers dikalangan alam maya bukanlah setakat bersembang kosong bercerita tentang ketaksuban diri sendiri, atau melemparkan provokasi berkenaan isu-isu negatif, sebaliknya kami juga mempunyai inisiatif untuk berbakti dan memberi faedah kepada masyarakat dan negara.

Idea yang dicetuskan oleh Mem Aluyah Kueh Lapis ini pada asalnya ialah untuk mengagih-agihkan cupcakes dan belon sahaja, namun atas sambutan hangat yang diberikan (penduduk kampung, pihak luar, rakan, kawan sekerja malah facebookers) ianya telah bertukar menjadi satu projek yang sangat berjaya dan mengagumkan.

Minit Acara:

10.30am
- ketibaan penduduk2 kampung berserta sukerelawan dari kampung2 sebelah. barang2 sumbangan dikumpul. goodies bag pula telah disiapkan pada malam sebelumnya di IJN juga.

11.00am
- bergerak ke Wad Bunga Raya di tingkat 5. segala persiapan terakhir disusun sebelum acara bermula.
- penyanyi yang meningkat naik, Imran Ajmain bersama pengurus, Aszuad dan pembantu tiba 20 minit kemudian.

11.30am
- bergerak melawat setiap wad dan kanak-kanak sambil memberikan goodie bag/belon yang disampaikan satu persatu oleh Imran. pada masa ini, ramai ahli menjadi sebak walaupun gembira dapat menyampaikan sumbangan.
- keadaan kanak-kanak malah bayi yang menanggung kesakitan membuatkan semua ahli berasa sayu namun suasana berubah kerana semangat dan sambutan yang ditunjukkan adalah sangat positif.

12.00pm
- makan tengah hari. sebanyak 100 pek makanan berupa nasi lemak dan mihun diagih-agihkan kepada pesakit dan pelawat.
- 200 biji cupcakes juga disediakan disamping 200 kotak minuman.

12.30pm
- khusus untuk ahli, makanan tengah hari telah disediakan oleh pihak IJN berupa spaghetti, muffin dan tembikai serta teh dan kopi.
- sebenarnya pihak penganjur hanya bertanya jika dapat disediakan air minuman, tetapi Pn. Alawiyah telah berbesar hati untuk menyediakan makanan juga.

1.00pm
- aktiviti riadah dimulakan sementara menunggu ketibaan wartawan dan juga kemuncak acara iaitu kejutan untuk adik Syakirin.
- suasana bertukar menjadi sangat meriah dengan kehadiran badut belon seawal jam 12tgh hari dan permainan origami yang diberi tunjuk ajar oleh Cikyaya dan Abam Fazz.

1.30pm
- adik Syakirin dibawa masuk ke dalam bilik permainan. pada masa ini, beliau telah ditanya apakah barang yang diidamkan. sambil malu-malu beliau menjawab sebuah gameboy dan telah terkejut apabila Imran Ajmain secara tiba-tiba menghulurkan sebuah paperbag berisi gameboy.
- untuk makluman, hadiah gameboy ini telah ditaja oleh Hanis Zainul Azizan.
- adik Syakirin sangat teruja menerima hadiah yang disampaikan telah memberikan ucapan yang sangat hebat walaupun sukar untuk mengawal perasaan.

2.00pm
- Imran Ajmain meminta diri kerana ada urusan yang lain. kami semua berbangga dan berbesar hati serta berterima kasih yang tidak terhingga atas sokongan yang beliau berikan. semoga kami dapat berurusan lagi bersama beliau di masa hadapan.
- sejurus selepas itu, wartawan dari NTV7 tiba juga walaupun telah terlewat. selain ulasan projek kebajikan ini, mereka juga meminta kami mengulas mengulas pengswastaan IJN kepada Sime Darby Healthcare. kami 100% TIDAK BERSETUJU dengan cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan itu.

2.30pm
- walaupun hati terasa berat dan kemeriahan masih terasa, kami terpaksa mengakhiri lawatan kami ke IJN pada kali ini.
- diharapkan sumbangan kami yang tidak seberapa ini dapat menghiburkan hati adik-adik yang sedang menjalani rawatan dan kami berdoa semoga semuanya dapat sembuh dan panjang umur.

Terima kasih juga kepada ustaz kampung 360, Azmel yang sangat bermurah hati untuk menaja hadiah PS2 untuk adik Qayyum walaupun kedua-duanya tidak dapat menghadirkan diri.
Terima kasih yang tidak terhingga untuk warga kampung yang menaja barang-barangan lain (tidak tersebut disini kerana terlalu banyak) dan juga penderma-penderma lain yang berjiwa mulia samada dikenali atau tidak yang telah menyalurkan wang ringgit menerusi bendahari projek, Ciknad.

Diharapkan, projek perintis ini menjadi pemangkin untuk kegiatan kebajikan Balairaya 360 untuk masa akan datang.
Sekian laporan dari Mek Mafia, Pengurus Projek kali ini.


p/s: beratus2 gambar telah dimuatnaik (cewah!) di facebook. i heart u 'ols!

Serprise Video



Link : Dory

Tuesday, December 16, 2008

UPDATES AS PER YM CONFERENCE ON 15 Dec 08.


Confirmed items (sponsored):

1. Balloons, helium gas, ribbons n balloon weights - Cik Ros.
2. Papers (colored) for origami (1 or 2 reams)- Cikyaya & Abam Fazz.
3. Drinks (150s)- Cikyana
4. Goodies (chocs, sweets, layer cake, waffer, twisties, cloud 9) - Mek n CK.
5. Gameboy - CK's friend
6. Cupcakes (50pcs) - Ciknad

Not confirmed items (sponsored):

1. Chocs/biscuits - Cik Sue
2. Banner + Tag - Tok Ketua

Items to buy using fund:
(all for patients and ward staff)

1. Paperbag for goodies (70pcs) - Ciknad RM70
2. Packed food (nasi lemak/mihun) - CK RM300
3. Clown stuff - Cikika RM100
4. Cupcakes (150pcs) - Ciknad RM150
5. Mugs as goodies (70s) - Mek RM140
6. Cartridge (1) - CK RM100
7. Souvenir for artists/guests/press - unknown.

Please note that:

1. Theme color for our shirt is RED, no longer white ok. it's RED. no jersy. especially Man U mueheheh..

To Do List:

1. Mem to prepare media invite/press release. pass to mek, mek will pass to pn.
2. Mek to ask pn about sheila majid. ask also about ijn videoclips so we can put up at balai/event page.
3. CK to confirm/finalize on artists attendance/PS2 sponsorship.

P/S:

CK, Mek n her osmet will be at IJN on friday nite 8pm to arrange goodie bags. we will keep them at IJN. cikyana can come if u want to put ur 13 cartons of drinks too heheh.
CK, as a reminder, before meet up u must take paperbags from ciknad first.

Ok, I think that's about it!
Next conf is tomoro nite. same time same place.
TQ.

Sunday, December 14, 2008

IJN Have A Heart Project




dear all,

pls be informed that:

1. the event is on 20th dec 08 (11am-2pm). we should gather by 1030am at IJN.
pls put down your name as attendee if u are coming. i need the figures!

2. everyone, pls wear WHITE shirt. yg penting is shirt ok. lain2 accessories like white cap, white shoes or white headband pon bole but yg penting is WHITE SHIRT. pls, it's a must!

i need these names to confirm me a.s.a.p on your contribution:

1. cik ros: balloons n helium gas.
2. cik sue: chocolates.
3. cik nad: balloons n ribbons, cupcakes.
4. cikyaya/ira: game materials.
5. ck: imran ajmain (attendance/sponsor).
6. tok ketua: kek n banner.
7. ira: diddy af (attendance/sponsor).
- i will call diddy tomoro.
- i already have chocs n sweets for doorgift.
8. zool/k.e: badut. heheh. Korg ada contact tak mane2 badut yg buat belon?
9. cik fizz: books/reading materials.
10. PL: farah af (attendance).
11. anyone who would like to confirm on sponsorhip. ke ada mek termiss?

i need details peeps!

TO-DO LIST:

1. doorgift. i already have 2 items (as above).
i need 1 or 2 more items to put in the bag. ideas? am goin out now to find that bags for goodies. wish me luck!

2. packed food. who's willing to take charge? we need 70 packs. i suggest something like sandwich/fruits. or u think nasi goreng or mihun pon bole? tlg la ada org yg mahu bertindak pls =) muahh..

3. dear cikyaya, mek da mati kutu nk main ape. i was thinking something like pepakura or origami. just choose one item, kita praktis smpi cemerlang, i need u to get some color papers for the kids. mungkin burung. burung ape?
it's cheaper n easy right? (kalo nk dptkan coloring books or puzzle, byk lak ongkos. pensil lagi. hehe).

4. anyone who needs to use some money from our fund, pls contact ciknad. ciknad, pls allocate some money for a gameboy (max:rm300. harap2 dpt semurah ni hihi). if we cant get the artists to sponsor the ps2, we just need to buy the gameboy (for any 1 lucky kid who wants a gameboy). ck n myself, i need the answer tomorrow ok!

anything else, pls update here! n i need ur prompt reply.
TQ!

kindly refer to the discussion board as well.

posted by Mek Mafia.

Wednesday, December 3, 2008

Have A Heart Project : Latest Update



on behalf of org2 kampung, i am in charge directly with IJN's PIC, cik alawiyah, utk take over tugas mem yg jauh kat dubai nu.
anyway, these are the details of our phone conversation.

first thing first, bilakan tarikh event ni?
i would sajes after rayahaji , which is on Saturday, 13th Dec 2008.
or the next Saturday, 20th Dec 2008.
sila banci.

waktu melawat adalah bebas.
cik alawiyah sajes around 11am onwards.
tak pagi sgt, tak ptg sgt.
kalo setuju, 11 pagi kita gather kat sana.
sila banci.

kedua, kalo bole kita decide ape program/aturcara kita.
especially PL. heheh. bkn ape, kalo ada, derg bole set up hall utk kita.
kalo takde pon takpe, kita just merayau2 dlm ward tu.

ketiga, is the most interesting one.
pihak IJN ingin melancarkan Children's Wish Program.
program ni akan dilancarkan selepas raya, on the 9th or 10th Dec.
cik alawiyah has informed me about this one boy yg mmg paling lama duduk kat ward.
so given priority, his wish is to have a gameboy (wish pesakit lain pon ada tp dia kira spesel lah).
ciknad selaku bendahari program, mungkin bole buat kira2 samada tabung kita cukup ke tidak.

if we decide to participate in this program, our group would be the first one lah.
pihak IJN berkolaborasi dgn The MalayMail utk hebahkan mengenai perancangan ini.
maka, promosi atau kolum akan disiarkan kat newspaper lah.
bagus kalo nawaitu kita ialah utk tolong promote for public awareness kan?
mungkin kampung kita akan menjadi perintis utk badan2 atau organisasi2 yg lain.

so, kita perlu confirm on 3 benda ni.
date, time, bahan2 charity and the wish program, kalo kita mampu.
for fb, dialu2kan utk click butang +share dan forward to frens of frens.

p/s: silakan konpemkan kedatangan anda utk tarikh yg dipilih.

trimas!

Tuesday, November 25, 2008

Have A Heart Project (Book)



Sudah sedia maklum, sehubungan dengan Have A Heart Project

Fizzzy sedang mengumpul bahan bacaan untuk didermakan. Tidak kira buku baru atau terpakai (asalkan masih dalam keadaan yang baik). Keutamaan diberi untuk buku cerita kanak-kanak tapi bahan bacaan untuk orang dewasa (G rated sahaja ...playboy saya tak mahu ya cik sue) amat saya alu-alukan.

Usahasama ini diharap bukan sahaja untuk mengukuhkan silaturahim antara bloggers di Kampung 360 amnya, tetapi jua untuk kita sama-sama membantu insan-insan yang kurang bernasib baik terutama pada kanak-kanak.
(Ya Tuhan.. i sound like politician la pulak!)

Sebarang pertanyaan bolehlah korang pm fizzzy di Yahoo Messenger i.d lopo_lopo83.


Ps...Dengan izin Tuhan, diharap semua akan berjalan dengan lancar..amin.


Saturday, November 22, 2008

Have A Heart Project




The last time I checked (during Ramadhan), there were around 60 patients in the pediatric ward, including those who need to go for ICU/CCU or procedure on the day.

Idea untuk projek ni timbul bila Mem teringat budak-budak kecik yang sakit terlantar kat IJN ward tu. So kesian Mem tengok (video klip masa Sheila Majid IJN Charity Concert). I guess there's not much that we can do other than to try and cheer them up a little. Beautiful cupcakes and colorful balloons, what say you??!!



Thus, I am inviting those interested in sponsoring cupcakes for the IJN pediatric patients to come forward for this small project.

Anyone interested boleh bank in terus ke 
WAN NOOR AZURA WAN HASSAN 156011892294 (Maybank).

Sila taipkan wanadzra@yahoo.com diruangan 3rd party transfer sekiranya menderma melalui Maybank2u. Incase you ols bank in at the counter, kindly inform NaD as well.

Preferably by December 6, 2008.
Sekiranya ada wang yang masuk selepas tarikh tersebut, Insya Allah we will keep for the next project (involving kids with aids).

Orang kampung dijemput untuk tolong sama distribute cupcakes dan belon tu nanti. Hopefully K-e dengan Abam Zool dah sediakan pakaian agogo dan badut ronel mekdonel untuk sama-sama menceriakan kanak-kanak tersebut tu nanti.

I will update more on this project especially the date of distribution.

FYI, Cik NaD kita dah bermurah hati nak sponsor 50 pieces of cupcakes. Thanks NaD. Insya Allah Cik Fizzy Ian and Encik Azman Ahmad pun nak sponsor sama. Cik Sue pun dah volunteer nak tiup belon. Thanks, you ols.

Hopefully we can get more sponsors soon. Jum kita!

Monday, October 13, 2008

:: Open House Cik Kuntum ::

From Cik Kuntum:

Dear All, 

Kindly be informed that you are welcome to my Raya Open House, detailed as:
Date : 19th October 2008
Day : Sunday
Time : 1.00 pm – 4.00 pm
Dress code : Blue Theme
Where : 136, Jalan H – 12, Fasa 5, Taman Melawati, 53100 KL

Yahuuuuu... kita serbu!

Tuesday, September 16, 2008

Rancangan Kampung Sri 360 Pertama

Assalamualaikum kpd org2 kg sri 360 semua...

Di sini tok ingin membuat beberapa makluman dan cadangan mengenai rancangan serta kebajikan kg kita..

Pertama

Mengenai kutipan derma yg telah disusulkan oleh Mem Aluyah.. kita harap dapat dilaksanakan secepat mgkn.. Ini adalah sebagai lgkh pertama kita untuk menjadikan kg kita lebih diberkati oleh Allah SWT.. 

Along akan menjadi bendahari dlm kebajikan kg kita.. setelah sebulat suara AJK2 kg kita mempersetujuinya.. Insyaallah tok akan bg no akaun along utk org2 kg mendermakan sekiranya diluar liputan lembah klang ni...

Kedua

Ini mengenai penubuhan kg kita 2 tahun lalu.. tok dgn sendirinya ingin mencadangkan kg kita ada hari serta tarikh sejarah tertubuhnya kg kita ini.. mengikut kajian tok sendiri tarikh yg amat sesuai adalah tarikh kita menghadiri majlis perkahwinan kakak Nabil.. dan Nabil juga yg memberi nama kg kita Kampung Sri 360 sempena kita dulu adalah blogger Yahoo 360...

dengan cadangan tersebut kita leh menyambut ulangtahun kg kita.. dan pada tarikh tersebut kita leh wat gathering besar2an...

Ketiga

Mengenai galeri 360 tok ingin membuat galeri tersebut sebagai kenangan kita.. apabila anda ingin upload sila pastikan anda tidak campur sekali dlm satu tajuk.. nanti fotopages jd lambat nk view.. (contoh yg Mek upload) cara ini senang supaya kita tahu kamera siapa yg upload..

sekiranya ada gambar lama2 mengenai kg kita anda semua boleh upload.. tok pun byk nk upload ni...

tok juga ingin original copy/file daripada kowang semua.. tok nk wat collection sebab tok nk wat album utk org2 kg.. sekiranya ada ulangtahun kita akan keluarkan buku foto org2 kg kita..

diharap cadangan dan rancangan tok dpt diberi perhatian sepenuhnya

Terima Kasih

Friday, September 12, 2008

warna tema majlis berbuka puasa

ok...

theme party .. eceh.. party pulok. x insaf betul budak nie ek?? hihihihi

ok.. theme untuk majlis berbuka puasa kita kali ini adalah

white & denim

silalah pakai baju putih dan berseluar jeans.. kalau nak pakai baju jeans n seluar putih pon ok jugak.. ikutlah kreativiti memasing (kali nie abam k.e takleh ngelat.. mesti mau pakai baju putih!)

sape yang tak ikut theme akan didenda ....

sekian. tima kasih.

Tuesday, September 9, 2008

Last Confirmation


Makluman kpd penduduk kg semua..

setelah Cik Yaya yg tersayang telah meng update kan majlis berbuka puasa bg penduduk kg kita..
10 september 2008 adalah hari terakhir kpd sesapa yg nk bg confirmation terakhir.. tok dh nk wat booking nih... 

diharap maklumat ini disampaikan kpd semua yer...

sekiranya anda semua dpt join bersama2 sila bgtau diruangan komen

sekian terima kasih

Thursday, September 4, 2008

mari berbuka puasa!


ini arahan daripada tok ketuek.... dengan kuasa veto yang ada pada tok ketuek yang kita sayangi lagi kasihi itu.... dia nak makan berbuka puasa ngan kita semua kat perkara yang ada di atas nie... macam best ajer kan? (mem, jgn risau...kami makan bagi pihak mem :P)

sila kasi nama and butiran lanjut anda supaya tok ketuek leh buat booking ....

laaa.. lupa lak...

Tarikh : 13 September 2008

and kami akan mengadakan cabutan bertuah pada hari yang sama.... apa hadiahnya?? jeng jeng jeng ... penginapan satu malam, boleh pilih dengan siapa ... abam k.e or abam zool. haaa.. gitulah... :P

datang jgn tak datang.

Tuesday, September 2, 2008

Bersamamu: Think.Care.Act


Jum kita menderma dara.
Jadikan ini projek amal pertama Kampung Sri 360.


Details here and here.

You ols, jum la... tambah amal bulan puasa. Semoga berkat rezeki yang Allah bagi. Kalau rasa berat nak sponsor one pack seorang, kita share lah. Apa kata? Sikit-sikit ramai-ramai jadi banyak. (rindu pule kat Bukit)

Cu pikir, pack lima ploh inggit tu can last them for a fortnight, insya Allah. Besar nilai RM50 pada orang yang susah. Kita ni ha... (Mem lah...) pegi buang duit cat kuku jer. Isk isk isk. Sungguh tak patut.


Orang kampung, lets do something lah. Nak tak? Kita donate atas nama kampung lah. Tok... mana Tok ni? Tak habis lagi shopping barang kawin ke? Isk...

Apa kata time you orang gather for fast breaking, masa tu buatlah collection sekali. Let's say minimum RM5 to RM10? Yang mana jawuh tu, kita bank in la kat account treasurer. Mem boleh jadi pencadang project kampung je. Bendahari kita lama tak masuk kampung. Along pun tak sampai-sampai kat kampung. Sonye, sapa boley volunteer jadik treasurer? 


Thursday, July 31, 2008

WAHAI ORANG2 KG SEKALIAN....

Dengan ini Kak Gee nak menjemput semua ahlil kampung 360 serta keluarga masing2... datang ke sini nih:



sebab majlis kawin adek bongsu k.gee...

dengan alamat penuhnya dan jugak tarikhnya cam gini:


jemputlah datang yer.. :) sebahagian kad dah di kirim dan sebahagian lagi dah diposkan pada Cik Sri Yayake... harap2nyer sesiapa yg tak dapat kad jemputan tu datanglah jugak ni hah kad nyer:

Tok tutuplah Setarbak tu 23hb Ogos tu nanti yer,... sbb mama kak Gee nak blanjer suma ahlil Kg termasuk tok sekali makan nasi beryani..

Friday, July 11, 2008

PERHATIAN!!


Assalamualaikum semua penduduk2 kg si 360..

Bicara nya tok disini ingin meminta pendapat dan cadangan utk menjadikan kg kita lebih terancang, aman dan harmoni... setelah tok membuat pemerhatian.. tok rasa amat berpuashati terhadap kowang semua yg selalu memberi kerjasama, sokongan serta pendapat..

Disini ade beberapa usulan yg ingin dibuat hasil dari pendapat org2 kg kita iaitu membuat baju rasmi bg penduduk kg kita.. kita juga akan hasilkan satu logo rasmi supaya kg kita lebih kukuh.. dgn cara ini juga dpt merapatkan siraturrahim antara penduduk2 yg lain... walaupun cadangan ini sudah lama disusulkan disebabkan faktor2 yg lain yg x dpt kita realisasikan..

diharap kowang semua dpt memberi kerjasama atas cadangan yg disusulkan oleh tok ini.. harga akan diberitahu kemudian setelah mendapat persetujuan dari kowang semua...

mengenai design logo.. tok mengalu2kan kowang semua dpt memberi idea serta design yg kowang beri.. kita akan select design yg terbaik dan sesuai utk kg sri 360.. terbuka kpd semua penduduk kg sri 360 sahaja.. sekian terima kasih..


tambahan:
balairaya kita akan direnovate utk menjadi lebih menarik.. diharap gadis2 tok dpt membantu sama.. huhuhuhu...

warung tok juga akan muncul menu2 baru utk kowang semua.. dan ingin menjadi tempat kita bergosip2 serta berleter.. insyaallah...

Saturday, July 5, 2008

:: birthday siapa ??? ::

LailadewiKakak TiriMem Aluyah
Once a year I get the chance
To wish you birthday cheer.
It pleases me no end to say,
I wish you another great year.
So happy birthday to you,
From the bottom of my heart.
And may your good times multiply,
Till they’re flying off the chart!
By Karl Fuchs

mem, sorry lah ajk yuyayuya memang tak pandai nak buat text ucapan ..hihihihi. anyway, we kat kampung seri 360 wishing you

mem jgn risau, kami semua akan berparti bagi pihak mem di sini... :P

hugs & kisses for you .. mwaaaaaaaah!

Monday, June 30, 2008

Wah Glamernya



Oh lihatlah dunia.
AJK Yuyayuya Kampung kita masuk sokkabar omputeh.

Ahh... eksaitednya kita. 

Syabas meri betti!!

Tepuk! Tepuk! Tepuk!


Here's the link : NST Tech & U 30 June 08.


Sunday, June 15, 2008

Congratulations




Tahniah AJ aka Mr. Beaver  
on your convocation.
Nanti continue lagi ya and 
work your best under the last minute pressure.
Hehehe.


PS - Tak sabar nak wish tahniah lagi. Huhuhu.


Tuesday, June 10, 2008

Makan Malam Bersama Mem Aluyah

Assalamualaikum semua org2..

Esok, kita ingin mengadakan majlis mkn2 mlm bersama Laila (Kakak Tiri/Mem Aluyah) sebelum berangkatnya beliau ke Dubai utk menemani hidup bersama suami yg tercinta disana... amat terasa skali bila Mem pergi sana.. walaupun kita masih boleh bercerita2 dlm blog.. tapi rasa lain.. tok pun terpaksa merelakan.. tapi apakan daya Bamin perlukan Mem jua... huhuuhuhu.. masa dulu kalo tok duduk kat pangkin dpn umah.. slalu gak suka dgr kakak tiri membebel... sambil nk gi umah pn mamaket... skg dh xde lagi.. isk..isk.. mgkn lps ni k.e lak asyik membebel ngan tok.. (belum si k.e nk membebel dh rasa mcm nk cekik lak dia)...

apa2 pun tok serta kam info utk mkn mlm bersama Mem..

tempat : Pavillion, Bkt Bintang, KL (berkumpul)

tarikh : 12 jun 2008 (Rabu)

Masa : 6.30 petang (lps ofis hour)

tempat mkn belum decide lagi...

Thanks a lot to Mamaket(PA) di atas menguruskan event ini..
tok dah call pada semua org2 kg yg bekerja di lembah klang ni.. diharap semua dpt join skali.. x kisah di luar lembah klang pun.. kalo dpt join lg best!...

Monday, May 26, 2008

keTOK ketampi

assalamualaikum semua org2 kg..

tok mintak maap byk2 la yer.. semenjak 2 menjak ni tok x dpt nk singgah2 kat rumah2 org2 kg.. penduduk kg pun semakin bertambah maka tok terpaksa la jenguk2 byk umah.. tok kdg2 tu singgah jugak umah2 kowang... antara faktor lain pun basikal tok pancit sbb khambeng yg baru pindah kg kita dia gi wat lenjan redah sawah.. apa dia ingat trakror bajak ker??.. tok nk jln2 kaki pun dh x larat.. dulu boleh la.. setakat zool boleh 3 round satu mlm.. tok boleh 7 round... tu pun ala2 bersahaja jer... tok x amik tongkat ali tau.. pure tenaga jer.. huhuhuhuhu... warung tok pun ader yg belum siap lagi.. tok kdg2 bengkek jerr.. tok belum siapkan dapur org2 kg dh order mcm2.. aaaiii.. nasib baik la org2 kg tok semua tok syg... tok pun nk gi bandar nk beli brg2 warung.. kowang jgn nakal2 tau... tok pegi kejap jer..

Thursday, May 15, 2008

Kod Rahsia




Sekiranya anda mempunyai secret codes yang boleh diguna pakai untuk kesemua pendudut kampung, boleh lah diusulkan di sini supaya dapat disenaraikan di dalam kamus virtual yang akan ditempatkan di balairaya kita ni untuk rujukan bersama. 

Wassalam.

Wednesday, May 14, 2008

Pengumuman

Kepada semua penduduk kg 360 yg tersayang.... tok ingin memaklumkan kpd semua.. tok skg tgh membina warung kopi kat sebelah umah tok tu.. memandangkan permintaan penduduk kg sudah semakin tinggi.. tok mendapat idea utk membuka perniagaan sendiri utk org2 kg.. tok suka tgk org2 kg lepak2 ngan tok.. xlah tok sunyi.. kat warung kopi ni nanti leh la kita sembang2 sambil mkn & minum.. byk mende leh kita sembang2 kan..

Tok bukak warung ni pun utk kepentingan semua gak.. boleh la tok menjana ekonomi kg kita.. tok dah x mo main tikam2 lagi.. wat buang duit tok jer.. nanti hidup tok ngan org2 kg x berkat.. tok lg sanggup tikam perut zool ngan k.e..

Tok tgh penat nih.. xde sape nak tolong tok bina warung ni.. dgn berbekalkan bdn 'six bone' ni.. tok cuba gagahkan demi penduduk kg.. yg penting kg tok aman dan harmoni...

Insyaallah tok cuba siapkan sblm majlis kesyukuran mlm jumaat ni.. tok nak wat skali dgn pembukaan warung tok.. tok jemput semua hadir mkn free..

sila singgah yer kat tmpt baru


Tuesday, May 13, 2008

Perlantikan AJK

Assalamualaikum kpd hadirin, tuan2 dan puan2, saudara & saudari...

disini tok ingin mengemukakan perlantikan baru dlm AJK kg kita ni.. setelah beberapa perlantikan tidak rasmi telah dilantik.. tugas dan tanggungjawab oleh penduduk kg amat dibanggakan skali.. tok rasa terharu..

disini juga tok nak melantik dan pengesahan jawatan baru bagi penduduk kg sri 360.. sesetgh perlantikan tok rasa ader yg perlu dikekalkan.. sekiranya ader perubahan diharap dpt kita bawa berbincang bg perlantikan yg sesuai..

memandangkan ader bebrapa penduduk kg yg belum berpindah kesini tok akan membuat perlantikan secara tidak rasmi.. sekiranya ader bantahan sila ke kaunter GIANT supermarket yg berdekatan utk mendptkan maklumat yg selanjutnya..

dgn ini tok melantik :-

Mamaket - PA Tok Ketua

Cik Yaya Comel - Setiausaha

Kakak Tiri yg tersayang - Ketua Aturcara Majlis

Nabil  Si Peraih Udang - AJK Keselamatan

Zool Si Tupai Belang - AJK Hiburan

Mama Gee - AJK Makanan

Mummy Semangat Momok - AJK Pusat Sumber

Hambamaya - AJK Musik

Yayayayana - Eksekutif Pemasaran

Setakat ini shj tok kemukakan utk jawatan ini..
kpd penduduk kg yg lain sekiranya ader apa2 bantahan dan cadangan tambahan sila kemukakan di balai ini..
sebarang surat menyurat tdk akan dilayan..
tarikh tutup : sehingga tamat tempoh

tok juga membuka tawaran kpd penduduk semua utk menjawat jawatan tok ketua gak, ader sesiapa yg ingin amik alih jwtn tok?.. tok x kisah.. tok pun dh tua.. uhuk..uhuk.. tok pun dh penat naik basikal tua.. asyik pancit jer bila zool naik ngan beruk dia...

tok juga ader cadangan utk membuka lagi satu page blog iaitu 'Warung Kopi kg Sri 360' kene lah salah seorang jd tauke warung tu yer.. hhhuhuhuhuuh

(sebenarnya tok tgh boring kat balairaya sowang2 ni.. tu yang tok wat camni..huhuhuhuuh)

Birthday Mademoiselle CyniCleopetra hari ni


selamat hari jadi yang ke... errr berapa ek? kena tanya tuan punya diri lah..
apa-apapun.. ahlil2 kg sumer.. silalah mamam cake birthday kak Gee (momokspirit) ni yer... kak Gee(JB) nak pi meeting... nanti Yaya tinggalkan sejoreng tuk k.Gee yer..
babai sumer dok baik2 ek :D

Monday, May 12, 2008

Cubaan Satu Dua Tiga




test... test.. test...
 one two three...
 test... testing... 
test lagi... 
testis...


Thanks so much Cik AJK. 
You did a great job!!