Attention:

Members please update your information....

Click here to update!

Wednesday, January 19, 2011

Doa Permudahkan Urusan

Click the link. You shall be directed to a site. Boleh dengar doa sekali. :)

http://malaysiaku.com/doa-pendek-4/doa-permudah-urusan/

p/s: Banyak doa-doa lain yang boleh didengar juga.

Tuesday, January 18, 2011

Jangan Sekadar Syurga Dunia

“Saya perlu bernikah, ustaz. Sangat perlu” ujar seorang anak muda.
“Mungkin tidak patut ustaz menyoal, tetapi KENAPA?” soalan saya ajukan kepadanya.
Bukan kenapa nikah, tetapi mengapa begitu terdesak.
“Tidak tenteram. Ada gelodak jiwa” katanya.
“Justeru selepas nikah nanti, kalau sudah tenteram dan jiwa kembali tenang, apa seterusnya?” saya menyambung pertanyaan.
“Tenteram itu bukankah sentiasa perlu? Jadi perlukah ada ’seterusnya’, ustaz? Saya keliru,” katanya jujur.
“Izinkan ustaz berterus terang. Jika tenang dan tenteram yang anta maksudkan itu adalah pada nikmat beristeri dan menikmati isteri, hati-hati dengan tabiat nikmat dunia,” saya tidak mahu berbunga kata.
“Tabiat yang bagaimana?” beliau agak kabur dengan perbualan kami.
“Kalau ustaz pakar sambal sotong, ustaz hidangkan kepada anta buat kali pertama, Alhamdulillah. Tengah hari nanti sambal sotong juga, Alhamdulillah. Makan malam nanti sambal sotong lagi, Alhamdulillah. Bagaimana jika sarapan pagi esoknya juga sambal sotong dan tengah hari itu juga berlaukkan sambal sotong. Kamu mampu menjamahnya lagi?” saya beranalogi.
“Aduh, boleh muntah dibuatnya. Jangan, ustaz!” katanya sambil ketawa.
“Benar. Segala nikmat di dunia, biar sesedap mana pun ia, sedapnya semasa lapar, semasa bujang, semasa belum merasa. Tetapi kalau sudah dirasa, diulang rasa, berterusan merasa, bisa sahaja yang sedap menjadi hambar” saya menyambung kalam.
“Jadi, apa yang cuba ustaz beritahu saya?” soal beliau.
“ Pernikahan, jangan sekadar satu penyelesaian . Ia harus lebih besar dari itu” saya memberikan kesimpulan.
NIKAH UNTUK SELESAI
Tidak salah untuk percaya bahawa pernikahan boleh menyelesaikan banyak masalah. Itulah hikmahnya pada Sunnah bernikah.
Tetapi kekhuatiran yang timbul, ialah apabila sebuah ikatan perkahwinan mahu dilangsungkan hanya untuk menyelesaikan masalah tertentu, dan selepas masalah itu selesai, perkahwinan itu hilang tujuan ! Menjadikan perkahwinan sebagai penyelesaian, hanyalah sebuah hasrat berupa perancangan jangka pendek.  Sedangkan untuk sebuah rumahtangga terus membuka laluan sampai ke Syurga, ia perlu kepada perancangan jangka panjang .
Sepanjang kehidupan.
Kebelakangan ini saya dihimpit rasa bimbang.
Tatkala hari demi hari didatangi pasangan yang berkahwin muda mengadu masalah, saya memaksa diri untuk berfikir dan mencari sudut-sudut tersembunyi (blind spot) di dalam tasawwur seorang anak muda semasa mahu bernikah.
“Saya bosan tengok isteri saya ustaz. Salahkah saya berperasaan begitu?” tanya seorang anak muda.
Jantung saya berdebar.
Merenung matanya, saya dapat merasakan ada semacam satu kehampaan di dalam dirinya kerana terbeban oleh perasaan yang gagal disembunyikannya. Syukur, sekurang-kurangnya dia mahu bertanya. Di samping berusaha menemukan jawapan, saya juga dapat belajar sesuatu untuk diri dan dikongsi dengan yang lain.
Bagaimana boleh bosan?
Saya harus mencari jawapan pada titik mula dan titik tengah soalan itu.
Justeru untuk mencari penjelasan pada titik mula, saya persoalkan tujuan perkahwinannya semasa di tahun 2 pengajian lebih setahun yang lalu.
“Kami selalu berjumpa. Saya bimbang hati terus terfitnah memikirkan tentangnya. Alhamdulillah saya tidak bertepuk sebelah tangan. Biar pun ayah dan ibu kami agak berat untuk menyatakan persetujuan, tetapi syukur akhirnya mereka merestui,” cerita beliau.
“Alhamdulillah. Jadi, sekarang ini, adakah anta sudah mendapat apa yang dicari?” saya bertanya.
“Ya, cuma…” beliau teragak-agak menyebut.
“”Cumanya sekarang anta sedang dilanda jemu, kan?” saya sambungkan ayatnya yang tidak langsai itu.
Tatkala kita mengejar sebuah ikatan perkahwinan sebagai jalan keluar kepada apa-apa sahaja masalah yang sedang dihadapi, syukur jika masalah itu selesai, dan syukur juga jika masalah itu belum selesai.. Sekurang-kurangnya dia masih punya sesuatu untuk diusahakan dalam sebuah perkahwinan. Namun bagi yang masalah sudah selesai di tahun satu pernikahannya, apa lagi cita-cita dan azam yang ada dalam visi dan misinya bagi melangsungkan usia perkahwinan?
Daripada gelisah menjadi tenang dengan nikah.
Timbul jemu, mahu mencari tenang dengan membatalkan nikah?
Naudhubillah …
Tidak sedikit air mata sang isteri tumpah semasa suami mereka berterus terang berkata, “mengahwinimu adalah suatu kesilapan!”
Sepatutnya masalah seperti ini tidak timbul.
Tetapi realiti sering meninggalkan banyak ’sepatutnya’ terkontang-kanting menjauhi kesempurnaan.
Perkahwinan menyelesaikan.
Tetapi ia bukan sekadar sebuah penyelesaian.
Ia adalah sebuah gagasan.
Impian yang memerlukan pandanganmu jauh sampai ke usia tua, sampai cangkul dan tanah memisahkan jiwa, sampai ke kubur, sampai kamu ke Syurga.
Jadikanlah perkahwinan itu kenderaan yang membawa dirimu untuk ke Syurga Akhirat.
Jangan sekadar syurga dunia.


“Saling berpesan-pesanlah kamu tentang para isteri agar berlaku baik kepada mereka. Sesungguhnya kamu mengambil (menikahi) mereka dengan amanah daripada Allah dan dihalalkan untukmu kemaluan mereka adalah dengan Kalimah Allah ” [Hadith riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah]

Monday, January 17, 2011

Salam Takziah.


Al-Fatihah. Takziah di atas pemergian ayahanda tercinta kepada Adriana, isteri kepada Syafiq Zakaria a.k.a Chapit - Ketua Kampung Seri 360.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Amin.

Friday, January 14, 2011

Anak Itu Kupu-kupu Syurga

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab.

Dipetik dari: http://mr-tazkirah.blogspot.com

Tuesday, January 11, 2011

Project click Nuffnang untuk tabung 360.

Orang-orang kampung yang dikasihi....

Duit nuffnang balairaya360 sudah ada RM14++ (Giler lama menabung tapi baru ada banyak tu haha!) Ayuh sama-sama kita menjayakan project duit balairaya360 kepada RM1000! Lakukan tanggungjawab anda dengan menge-click iklan nuffnang di dalam blog ini - secara paksa.

Muahahahaha.

Duit yang didapati akan didermakan kepada badan kebajikan yang terpilih.

Boleh ke penduduk kampung raise duit nuffnang sampai 1k?

Monday, January 3, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011 !

Assalamualaikum!

SELAMAT TAHUN BARU WAHAI PENDUDUK KAMPUNG 360 YANG MASING-MASING SUDAHPUN SIBUK DENGAN KEHIDUPAN HARIAN.

Nah listing of the new addition to our kampung.

2011 menyaksikan kelahiran generasi ke-2 Kampung Sri 360.

Feb 15 = Iman (Boy, Zue & Husband)
Mar 15 = Adzalea Hana binti Mohd Abdul Syafiq (Girl, Chapit & Adriana)
May 18 = Umar bin Amirul Hidayat (Boy, CikNad & Amirul)
July 01 = Izz Aqeef Bin Mohd Zulkhairi (Boy, K.E & Zila)
Aug xx = Syaqil (Boy, Aju)
Sept 10 = Filza Zara binti Fazrul Hisham (Girl, Yaya & Fazz)
Sept 30 = Lana Jaseena binti Kamarulanizal (Girl - Yana & Puteh)
Oct 03 = Irfan (Boy, Cincan & Faiz)
Dec 05 = Ahmad Firas (Boy,  ctNur & Rohaimi)
Dec 15 = Noor Irdina Arissa binti Zulhaidi (Girl, Zool & Dylla)


p/s: sila update nama sebenar and tarikh sebenar kelahiran ye. :))


Macam ada yang tertinggal je ......
On the way adalah - anak Som and anak Tun Jusoh. Yay!