Attention:

Members please update your information....

Click here to update!

Tuesday, February 24, 2009

T SHIRT UPDATE : NEW LIST (26/02/09)

Wahai orang2 kampung sekalian,

Setakat hari ini, cK telah berjaya mengumpulkan order sebanyak 39 helai kesemuanya. Ini masih kurang berbanding sasaran asal kita iaitu 50 helai. Maka, cK ingin menyeru orang-orang kampung yang masih belum mendapatkan T shirt yang hangat di pasaran ini untuk menghubungi cK melalui YM : lady_adzra atau emailkan order ke missy.adzra@gmail.com.

Alternatif lain, korang boleh juga respon melalui ruangan komen di bawah topik ini. Di sini turut cK lampirkan pesanan yang telah diterima dari orang-orang kampung.

(sila klik untuk besorkan ye?)

Maka :

1. Sila semak dan confirmkan pesanan anda di ruangan komen.
2. Sila buat bayaran melalui Maybank2u ke account di atas nama Adzratul Wahidah bt Nasruddin , Nombor akaun 162209983670.
3. Sila nyatakan size dan kuantiti di bahagian remarks dan emailkan notification anda ke missy.adzra@gmail.com. Adalah dialu-alukan sekiranya korang leh anta snapshot bank in juwa.
4. Bagi individu yang melakukan bank in melalui CDM machine, sila sms saya di nombor 012 9247 450 dengan detailnya i.e bila bank in, berapa RM, size dan kuantiti.

Apa tunggu lagi? Jalankan tanggungjawab korang sebelum tarikh tutup telah dilanjutkan pada 6hb Mac 2009 , jam 8 malam! Cargassss!!!!

Sekian.


cK
(Yang gemar memberi arahan)

Monday, February 23, 2009

Laporan Kursus Pra-Perkahwinan 360.

Lokasi: Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya.
Tarikh: 21 & 22 Feb 09.
Waktu: 1430 - 1800 & 0900 - 1800

Kedatangan:
- Mek Mafia
- Asbha
- McFie
- Abam Zool
- Dylla
- Baman
- Shana
- Muiz
note: dewan penuh dgn anggaran seramai 120 peserta lelaki dan perempuan.

Hari Pertama:
- belajar mengenai Akhlak Dlm Islam, Hubungan Dlm Keluarga, dan Pengurusan Kesihatan & Stress.
- dewan mmg sgt selesa dan sejuk yg mengundang kepada perasaan mengantuk. lagipon mmg syaitan2 suka mengacau anak2 Adam yg mengikuti kelas ilmu ni.
- selingan jenaka drp penceramah sedikit sebanyak dpt menyegarkan peserta.

Hari Kedua:
- meneruskan modul yg mencakupi subjek Akidah Dlm Islam dan Ibadah Dlm Islam utk sesi pertama sebelah pagi.
- diteruskan dgn Komunikasi Suami & Isteri dan Pengurusan Sumber Keluarga, sebelum kelas berhenti utk makan tgh hari dan solat zohor.
- sesi ptg adalah mengenai Pengurusan Konflik & Pengurusan Talak.
- disambung dgn modul terakhir yang tidak kurang penting iaitu Perkahwinan Dlm Islam & Prosedur Perkahwinan.

Ringkasan:
- byk perkara2 yg telah lama ditinggalkan akhirnya dipelajari semula.
- byk juga perkara2 baru terutama mengenai alam rumah tangga dpt dikongsi.
- terlalu byk isi2 ceramah yg bermanfaat utk pedoman kita yg mengambil kira isu2 semasa dan kes2 lampau, namun mek tak dpt lah nk tulis semua.

semoga acara2 ilmu sebegini dpt lagi dijalankan di masa akan dtg utk batch seterusnya.

video
tak paham aku si baha nie.. :p

yang melaporkan,
mek mafia.


-----------------------------------------------------------------------------

SEDIKIT PENERANGAN UTK RENUNGAN

Kehidupan sebagai suami isteri adalah perkongsian. Salah seorang melengkapkan separuh agama pasangannya dan membantunya melengkapkan yang separuh lagi.
"I love you!"

Akhlak Sebagai Suami

Perkongsian ini dibuat berdasarkan kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw. Agar perkongsian ini berterusan, ia perlu kepada kasih sayang yang boleh melakukan pelbagai mukjizat. Suami menanggung beban paling berat kerana dia adalah nakhoda kepada bahtera kehidupan berumah tangga. Dialah yang bertanggung jawab memandu bahtera tersebut sama ada ke arah kejayaan atau kegagalan.

Perkataan ‘I love you’ banyak kali diucapkan sebelum berkahwin. Berapa kali pula ia diucapkan selepas berkahwin? Perkataan itu juga banyak kali ditulis di atas kad-kad ucapan sebelum berkahwin. Berapa kali pula ia ditulis di atas kad yang khusus untuk isteri selepas berkahwin?

Kita dapati Rasulullah saw ketika pulang daripada satu peperangan ditanya di hadapan khalayak ramai siapakah orang yang paling dicintai oleh baginda? Dengan segera Rasulullah saw menjawab: “Aisyah”, iaitu isteri baginda tanpa perasaan malu dan segan. Kenapa kita tidak melakukannya paling kurang pun di rumah iaitu bukan di hadapan orang ramai dengan berkata kepada isteri ‘I love you!’

Masak apa ni!

Cinta adalah perkataan yang mengandungi sihir. Namun perkataan yang lebih hebat ialah pujian dan berterima kasih atas setiap perkara sama ada kecil atau besar, terutamanya masakan. Wanita atau isteri menganggap makanan yang dimasaknya sebagai menggambarkan dirinya sendiri dan mempunyai kepentingan yang tinggi terutamanya di rumah suaminya.

Diceritakan pada suatu hari seorang wanita kampung menghidangkan setimbun makanan ternakan sebagai ganti daripada hidangan makan tengahari yang biasa dihidangkan kepada kaum lelaki keluarganya. Lalu mereka berteriak dan menjerit dan menyangka wanita itu telah gila. Namun wanita itu menjawab: “Aku berbuat demikian untuk mengetahui kamu semua tahu perbezaan antara makanan binatang dengan makanan manusia. Sudah lebih 20 tahun aku menyediakan makanan bagi kamu, tapi tak pernah aku dengar kamu berterima kasih atau memuji masakanku yang menunjukkan kamu tahu perbezaan antara makanan yang baik dan sedap dengan makanan binatang!!

Wanita, hatinya pada telinganya. Oleh itu, jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih, memuji dan menghargainya.

Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak bersyukur kepada Allah. Isteri adalah orang pertama yang sepatutnya diucapkan terima kasih!!!

Berlemah lembutlah!

Rasulullah saw menyifatkan kaum wanita sebagai botol-botol kaca. Ia adalah sifat paling indah dan paling cantik daripada Rasulullah saw yang bijaksana. Mereka adalah botol-botol yang mudah pecah. Oleh itu, suami wajib bersifat lemah lembut dan penuh kesabaran menghadapi kerenah mereka agar bahtera kehidupan dapat belayar dengan tenang.

Apa yang anda akan lakukan jika situasi berikut berlaku kepada anda?

Pada suatu hari, Rasulullah saw berada bersama-sama dengan para sahabat baginda di rumah Aisyah. Baginda meminta para isteri baginda membawa makanan keluar. Salah seorang isteri baginda membawa makanan keluar lebih cepat daripada Aisyah. Lalu para sahabat terus menjamah makanan tersebut. Kemudian barulah Aisyah datang membawa makanan. Melihatkan makanan telah sedia ada, Aisyah memecahkan bekas makanan yang dibawanya sehingga terpecah dua. Melihatkan apa yang berlaku, Rasulullah saw tersenyum sambil berkata kepada para sahabat: “Ibu kamu cemburu nampaknya.” Lalu baginda mengutip bekas makanan yang pecah dan kembali meletakkan makanan di atasnya serta memberinya makan kepada para sahabat. Kemudian baginda memberikan bekas yang pecah kepada Aisyah dan bekas yang tidak pecah kepada isterinya yang seorang lagi.

Jika situasi ini berlaku kepada anda, apakah agaknya sikap dan pendirian anda ketika berhadapan dengan kawan-kawan anda?

Firman Allah swt (surah al-Ahzab ayat 21) yang bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.”

Heroku!

Suami adalah hero isterinya yang sentiasa berada di dalam khayalannya.

Wahai hero! Bukalah hati anda agar isteri anda dapat tinggal di dalamnya. Jadikanlah dia melihat kegembiraan (iaitu kerahmatan dan kasih sayang) di dalam mata anda. Jadikanlah dia melihat kerehatan ketika anda menghulurkan lengan anda kepadanya dan ketika anda meluahkan kata-kata melalui bibir anda. Dia meninggalkan rumah keluarganya hanya kerana mahu mendapatkan kasih sayang, menambat hati dan perhatian anda. Oleh itu, jadilah heronya sebagai yang dia impikan.

Ingatlah tarikh ulang tahun perkahwinan anda dan hari lahir isteri anda. Berilah hadiah kepadanya walaupun amat sederhana yang menggambarkan kecintaan mendalam anda kepadanya.

Janganlah anda menjadi seorang lelaki yang mempunyai dua muka. Anda dapat bersuka ria dan bergelak ketawa di luar rumah, tetapi masam mencuka di dalam rumah! Ini akan menjadikannya benci setiap hari dia melihat anda. Ini adalah satu perkara yang tidak seharusnya berlaku. Ingatlah hadis Rasulullah saw yang bermaksud: “Senyuman anda kepada saudara anda adalah sedekah.” Maka bagaimana jika senyuman itu diberikan kepada isteri!

Kunci Paling Penting

Antara kunci paling penting dalam menuju jalan kebahagian rumah tangga ialah berbuat baik kepada keluarga isteri terutama mertua.

Keluarga isteri anda telah mendidik isteri anda, menjaganya dan mengajarnya sehingga anda mengambilnya sebagai isteri. Maka berbuat baik kepada mereka pasti akan memberikan kesan kepada kehidupan anda. Dari sudut syarak, anda tidak dibenarkan memutuskan hubungan antara isteri anda dan keluarganya, kerana ia bererti memutuskan silaturrahim dan menderhaka kepada kedua ibu bapanya.

Firman Allah swt (surah Muhammad ayat 22) yang bermaksud: “Adakah jika kamu dapat memegang kuasa, kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?”

Hendaklah anda mengambil perhatian tentang perkara ini dengan niat untuk menyambung silaturrahim manakala isteri anda mengambilnya dengan niat memenuhi kewajipan berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Tanyalah diri anda, adakah isteri anda akan menyayangi anda jika anda tidak membenarkan dia menyayangi keluarganya? Maka kunci penting yang menjamin kebahagiaan kehidupan berumah tangga anda ialah anda menghargai keluarganya, memuji mereka atas setiap kebaikan yang mereka lakukan, menghubungi mereka setiap masa dan lain-lain lagi. Ingatlah selalu sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Orang yang paling baik di kalanganmu ialah orang yang paling baik kepada keluarganya.”

Kejutan Membikin Mukjizat

Pembaharuan yang anda lakukan terhadap rutin kehidupan dan layanan kepada isteri anda akan meningkatkan kemanisan kehidupan sebagai suami isteri.

Rasulullah saw adalah ikutan kita dalam semua hal. Baginda saw pernah berlumba lari bersama Aisyah. Baginda juga pernah mandi daripada bekas yang sama dengan isteri baginda yang bernama Maimunah. Mereka saling merenjiskan air di antara satu sama lain. Tangan mereka berlaga di dalam bekas air. Baginda juga pernah meminta pandangan Ummu Salamah dalam salah satu perkara yang amat penting… Anda pula, apakah yang anda lakukan?

Keluarlah berdua-duaan seminggu sekali sekurang-kurangnya. Berbincanglah bersama-sama tentang apa saja. Bawalah isteri anda sesekali ke masjid bagi mendengar pengajian agama, kemudian pergilah makan malam bersama-sama di luar rumah.

Selalulah memberikan kad ucapan kepada isteri. Tulislah perkataan-perkataan lembut dan kata-kata cinta di atas kad tersebut. Atau lekatkan pada almari cermin ayat-ayat seperti ‘abang amat bahagia hidup bersamamu’, ‘sayang adalah hadiah paling berharga dalam kehidupan abang, ‘pandangan matamu menikam kalbuku’ dan lain-lain perkataan yang boleh anda cipta dan reka.

Kewajipan

• Panggillah isteri anda dengan panggilan yang paling disukainya.

• Kucuplah dia setiap kali sebelum anda keluar rumah untuk pergi bekerja dan setiap kali pulang ke rumah diiringi perkataan yang manja, kerana perbuatan tersebut akan mengekalkan kasih sayang.

• Berusahalah agar anda keluar berdua-duaan dengan isteri serta memberikannya hadiah yang sesuai.

• Pergilah bersama isteri anda menziarahi keluarganya sebulan sekali.

• Jika isteri anda sakit, jadilah anda orang pertama yang menghantarnya ke klinik. Suapkanlah ubat untuknya dan jangan sekali-kali anda meninggalkannya ketika dia sakit.

• Ketika melakukan hubungan, berikanlah perhatian yang lebih untuk menyentuh dan membelai isteri anda dengan sentuhan-sentuhan yang lembut serta membisikkan perkataan-perkataan yang manja, lebih daripada perkara-perkara lain.

• Awaslah anda daripada bersifat kedekut sama ada kedekut harta atau perkataan. Janganlah anda mengintip, mempunyai perasaan syak dan ragu, banyak bersungut, suka mengherdik dan bermuka masam.

Laporan oleh:
Asbha Carik Carik Si Bulu Ayam.


p/s: gambar sila cari di fb mek. is waiting more piccas from asbha's camera. will upload at Galeri360 soon! bha, cpt sket!

Saturday, February 7, 2009

Skytrex Adventure


macam menarik jer aktiviti nie kan?
tapi cukup fit ke diri ini untuk melakukannya??

There are 3 different courses which will have you standing, climbing, walking, swinging and zipping as high as 22meters off the ground! A good point to note is that there are several exit points should you find the challenges too much to handle or if there's an emergency and you need to get out.

BIG THRILL Duration 1.5 to 2 hours
Requirements: At least 1.4 meters. Maximum weight 100kg.
There are 23 challenges with names like 'Bermuda Triangle', 'Happy Hopper', 'Wobble Trouble' and 'Wild Revenge' which you may find humourous, that is, until you stand before them. I kid you not, the trail will sure to serve you that fear factor!

EXTREME CHALLENGE * Estimated to open first quarter 2009. Duration 1.5 to 2 hours
Requirements: At least 1.4 meters. Maximum weight 100kg.
Are you mad enough to do 21 EXTREME challenges? There's not much else we can say.

LITTLE ADVENTURE Duration 1 hour
Requirements: At least 1.1 meters. Maximum weight 100kg.
A childrens' course which is lower to the ground. The young ones will develop hand and eye coordination as well, body balance on the trail. Being in an agricultural park, the sights and sounds is a humongous classroom for them, feeding their inquisitive minds on nature's diversity. All this is provided in a safe environment with a trainer/guide keeping a close eye but not too close, allowing the child to explore his or her own abilities. Parents or Guardians can even follow them! There are 15 Challenges.

RATES

Operation TIme: 0830 to 1800
Saturday, Sunday and Public Holidays Only
On weekdays, Skytrex will open with min 20pax only

Booking Time slots: 0830 - 1000 - 1130 - 1300 - 1430 - 1600
These times are approximate. If you have less than 5pax, we may be able to slot you somewhere in between.
Shuttle Bus will depart from Main Entrance 10minutes before each booking. Please be early and on time or you will lose your slot!

BIG THRILL
RM35 for Adults (13 years and above)
RM25 for Child

EXTREME CHALLENGE (not available yet - still in construction. UPDATED JANUARY 2009)
RM35 for Adults (13 years and above)
RM25 for Child

LITTLE ADVENTURE
RM25 for all ages. Height and Weight Restrictions Apply. Children must be 1.1meter tall to go on their own. If shorter, a personal guide will be needed to assist child.



for more info sila tekan sini.

Friday, February 6, 2009

LAUNCHING KG SRI 360 T-SHIRT


Assalamualaikum semua...

Dengan sukacitanya T shirt rasmi akan dihasilkan oleh Sis Tun Teja kita... dan untuk makluman semua baju ini bukan percuma untuk org2 kg.. ia akan dikenakan bayaran juga tetapi harganya cukup murah dan berpatutan kerana kualitinya juga tinggi... diharap semua org2 kg dapat memberi kerjasama untuk membangunkan lagi kg kita ke arah yg lebih konsisten dlm komuniti kita sendiri...

Material:-

T-Shirt (round neck) - cotton
Red Colour
Silk Screen printing


Size:-

36 inci - XS
38 " - S
40 " - M
42 " - L
44 " - XL
46 " - 2XL
48 " - 3XL


Sasaran Kuantiti - 50 helai baju atau lebih

Harga sepasang baju - RM10 sahaja (tidak dikenakan cukai)


pembayaran boleh dibuat melalui 'transfer' akaun kepada

Adzratul Wahidah Bt Nasruddin
162209983670 (Maybank)


Sila taipkan nama, size serta kuantiti diruangan 3rd party transfer sekiranya pembayaran melalui Maybank2u. 

Incase you ols bank in at the counter, kindly inform Cik Kuntum as well.

sekiranya ada apa2 kemusykilan serta pertanyaan kowang leh call, sms, email tau ym tok jer...

SILA RESPON DIRUANGAN KOMEN POST INI UNTUK MEMBERI SAIZ PILIHAN BAJU ANDA! atau emailkan ke balairaya360@gmail.com

TARIKH TUTUP PEMBAYARAN : KHAMIS, 26 FEBRUARI 2009 (sebelum 6.00 petang)

penyerahan baju: Pertengahan bulan Mac


kerjasama anda amat dihargai... sekian terima kasih..

yg benar,
chapitygplgmanja
(tok ketua kampung sri 360)


* tidak terhad dijualkan kpd org2 kg jer... kpd sesiapa nk belikan utk mak ke, ayah ke, adik ker.. boyfriend ker.. x kisah asalkan daripada org2 kg sendiri... huhuhuhu...

Jom Daftar Kursus Kahwin Sekarang!

assalamualaikum w.b.r..
eceh, mementangs.. kasi salam la pulak. hns hnss..
anyway, ni dia tempat mek pilih. korg yg mau join tu sila la buat sajesion dan bancian.
tmpt mane nk pegi ni, kalo nk pegi reramai lah.
kalo bajet nk pegi sorg2 then sila gugel sendiri muahahaha...

yg mek sajes, the one kat Precint 16, Putrajaya.
sila lawat website. (siap ada friendster & facebook tuhhhh..!)

NOTA: Sebelum anda membuat tempahan dengan Pusat Kursus Pra Perkahwinan lain, sila bandingkan keistimewaan tempat kursus, tempat makan dan ruang parking yang kami tawarkan.

Kursus Pra Perkahwinan
-Yuran RM80.00
-Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
-Menggunakan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI)
-Penceramah bertauliah dari JAKIM, JAWI, LPPKN dan Kementerian Kesihatan
-Sijil Penyertaan dikeluarkan oleh JAWI
-Sijil sah digunakan di seluruh Malaysia dan tiada tamat tempoh
-MAKANAN PERCUMA 4X disediakan
-Tandas yang bersih
-Surau yang selesa
-NOTA & PEN PERCUMA disediakan
-Tempat kursus berhawa dingin
-Khidmat nasihat sebelum, semasa dan selepas kursus
-PARKING BASEMENT PERCUMA

yg percuma2 tu sgt menarik perhatian. haha.
takde jamm. tempatnye tenang. dkt ngn alamanda.
lepas kursus, leh singgah shopping.
ada karok jamban, ada boling, ada gsc. haha..

takde proposed date.
mek terus pilih 21 & 22 Feb 09.
sape2 yg mau, sila tinggalkan msg kat ruang komen.
asbha, can i count u in?

p/s: kalo pegi ngn mek, takde pengangkutan percuma, taw? =)
dannnn... event ni terbuka utk sesiapa yg mau join tau. rasa2 mau beramas (ops!) mesra ngn 360 tu meh la join!

UPDATE!
sila sms nama dan tarikh (spt diatas ke nombor 0192876979) and u will receive a confirmation on ur emplacement.