Attention:

Members please update your information....

Click here to update!

Friday, January 30, 2009

Layar Lara di Hari Kekasih

Wahai Penduduk-Penduduk Kampung,

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa terdapat satu usul untuk mengeratkan silaturrahim dan beramah mesra sesama kita.

Sebagai wakil, ingin diwar-warkan bahawa satu perjumpaan telah direncanakan dan ingin diadakan seperti di bawah:

Hari : Sabtu
Tarikh : 14 Febuari 2009
Tema : Pink - Putih
Waktu : 8 - 12 malam
Tempat : Lokasi rahsia hamba Allah yang baik hati (sekitar Sentul)

Acara Yang Diusulkan:

1) Movie Marathon - 2/3 international / foreign movie (title to be advised later / open for suggestion)

2) Makan - Potluck basis.

3) Games - open for suggestion : congkak ka, carom ka

4) Karok ???!!!

Sila berikan tambahan idea dan juga komen untuk perkara diatas. Sila tinggalkan komen anda di discussion board balai FB atau balairaya360.blogspot.com.

** Nota Kaki:
Dengan sukacita, ingin diingatkan bahawasanya 14 Febuari adalah merupakan Hari Memperingati Kekasih. Rancanglah hari anda!

Yang Mengusul,
cK

Thursday, January 29, 2009

Balairaya Berwajah Baru...

apa???

berwajah baru?

ok-lah. memang ajk yuyayuya memang giler kose. nasiblah korang... but then again, i know y'all sayang jer kat i nie ah... kan kan kan kan? hiks.

memula tu nak tampal itu ini jer but rasanya naklah jugak guna template baru.

efforts?

(1) i need to duplicate the whole balairaya360 and create a dummyblog (yang nie, cik kuntum and some of you guys je yang sempat tengok) ... reason being, kalau tukar template sah2 all the widgets hilang serta-merta. so, i created a dummyblog under the registered email address balairaya360@gmail.com. Please take note that the previous balairaya was registered under my personal email address :( . Rationale: biarlah balairaya standalone atas kaki seniri.. huhuhu...

(2) yaya telah menkonstruksi blog balairaya yang baru ini dengan bantuan tuan mandur kita, cik kumtum .. eh .. cik kuntum yang banyak gak kasi idea segala.. hihihihi.... add segala widgets, tukar colors segala...... adjust itu sini sana.... hmmmmm .. tidak lupa juga, telah mengimport segala blog entry dan telah menguploadnya ke sini.... (anda sudah tentu tidak menyedari akan hal ini... :D)

(3) secara dendiam, yaya telah menutup blog balairaya yang lama dan tukar url kepada balairaya360-mirror.blogspot.com (yg akan didelete) .. oh.. maaf yah, cuma authors saja yg boleh melihat the old balairaya .. sowie ye! :P ..... ahhh.. sesudah itu, yaya cepat2 tukar url blog nie yang pada awalnya adalah balairaya360-demo-2.blogspot.com kepada balairaya360.blogspot.com ....

(4) ketiadaan gambar famili kita yang besar itu ... hmm .. of course itu adalah menjadi kebanggaan kita semua, but isn't it too big to put it up there? ianya akan memakan byk ruang.... perhaps kita bulih meminimakan sizenya and add a link to view it in larger size :) - please give komen on this one, ok? :)

(5) ekceli, nak bubuh senarai link orang2 kampung just below the header tuh.... still dalam pembinaan... so, tak sompek nak buh semua link2 yang ado.... oh.. bagi mereka yang dah tukar link tapi tak kasitau tuh, maaflah ya... ajk yuyayuya terpaksa mengeluarkan link anda (no hard feeling, ok?)

akhir kata.... previous authors, please check your email to accept invitation from balairaya360... else, korang tak dapek laa priviledge utk jadi authors again (ini amaran utk tok ketua .. miahahahaha) ...

ahh... cukup.

sape2 nak letak link diaorg kat sini... sila email kepada kami :

balairaya360@gmail.com

ada cadangan? sila laa komen di bawah ini....

sekian. tima kasih.

:D

Yaya yang Comel :)

Thursday, January 22, 2009

To Approve Or Not?

CK menerima request dari Encik dibawah ni untuk masuk bertapak didalam Kampung Sri 360 kita. Apa kata survey?


Friend Requested
Today at 1:39pm
w'salam
sy zainudin
sy baca dlm NST pasal project di IJN tu
tahniah berjaya organize project gitu
sy minat nak join komuniti ni kalau boleh
sy ni baru lg dunia blogs ni
sy maintain blogs http://livehealthyactive.blogspot.com
& newsfreepalestine.blogspot.com
thanks

Yes or No?

Wednesday, January 21, 2009

Kg Sri 360 T Shirt FINAL






Ok semua org2 kg.. utk tidak memeningkan keadaan tok dh finalize design t shirt utk kita semua...

atas sebab2 lain.. x semua design tok dpt memenuhi citarasa masing2... apa2 pun design ini telah ditetapkan... hasil dari perbincangan kecil oleh org2 kg serta rasional yg bernas...

apa2 pun harga dan size akan diberitahu secepat mgkn...

so tok harap sblm 15 Februari 2009 (plg cepat) kita dh boleh dpt baju sekiranya kerjasama kuat dari kowang semua....

sekian terima kasih..

yg manja,
chapit
(ketua kampung sri 360)


Monday, January 19, 2009

Media Press



NEXT PROJECT - SAVE THE PALESTINE

DONATE A.S.A.P TO NSTP BEFORE 7th FEBRUARY 2009

PROUD OF YOU ALL!!!..

Sunday, January 18, 2009

Nuffnang untuk balairaya360



dear penduduk kampung...

hari nie yaya telah pon meletakkan nuffnang dalam balairaya kita. i've created a separate username for nuffnang, registered under balairaya360. tapi apakan daya, it still has to use my personal name and info .....
tapi takpe, as long as it is separated from my personal nuffnang, kan?
anyway, reason being, kot2 dapatlah generate income yang banyak .. kita leh gunakan utk aktiviti hoyeah2 ke, charity ke, tak banyak tapi at least adalah kan? hihihi..... but then again, haruslah kita menanti berkurun lamanya untuk mendapatkan ganjaran ....
tapi takpe ... kita harus cekal berusaha!

yayyyyyy!

untuk yang belom ada nuffnang tu, sila la register and ikut arahan yang diberikan di dalam website berikut: www.nuffnang.com.my

dan jangan lupa register untuk counter/statistic to keep track your visitors in your blog. get it from here : www.shinystat.com

selamat mencuba!

:)

Friday, January 9, 2009

T Shirt (semi final design)



ni dia design lain tok wat.. tok ikut pilihan dan citarasa kowang... tok rasa kita standard kan semua colour.. laki n pompuan same jer.. beza saiz jer... pastu lak print kt part dada jer... kalo kita wat camni x perlu byk kos..

Polo T shirt



Ini adalah idea design tok.. sebab tok pilih kaler putih lebih melambangkan kesucian dan keamanan... tok mmg suka hitam tapi tshirt ni khas utk event charity... kalo kita pakai utk semua event nanti baju dh jadi x berapa elok... untuk event yayayuya better pakai apa yg kita suka baru meriah dan x formal sgt...  so apa kata kowang?..

ni lak logo rasmi utk program charity kita...

idea dan pendapat kowang semua boleh kita bincangkan lagi diharap minggu dpn kita dh confirmkan design lps tu tok leh bg harga baju..

Mari Mengundi


Jumlah simpanan yang ada dalam tabung kita sekarang ialah RM447.20.

Cadangan untuk projek amal seterusnya yang Mem terima adalah seperti berikut: 

1. Kanak-kanak mangsa HIV - Cik Sue Cipot
2. Kanak-kanak Autisme/Down Syndrome - Cik Yaya
3. Anak yatim Darul Izzah, Bangi - Nabil
4. Sumbangan untuk rakyat Palestin - Kak Gee

Senang cerita, kita buat poll system. Sementara nak decide yang mana satu kita nak gohead gostan, kita buka tabung kutipan melalui akaun Bendahari Kampung:

WAN NOOR AZURA WAN HASSAN 156011892294 (Maybank).

Sila taipkan wanadzra@yahoo.com diruangan 3rd party transfer sekiranya menderma melalui Maybank2u. Incase you ols bank in at the counter, kindly inform Cik NaD as well.

Nah, sekarang... sila jalankan tanggungjawab anda sekalian.


Saya chup nak bantu anak-anak:

a) AIDS
b) Autisme
c) Down Syndrome
d) Yatim
e) Palestin




Tengkiu uols!!

Wednesday, January 7, 2009

T-Shirt for you


Di sini Tok ingin memaklumkan kepada anda semua... Tok akan membuat tshirt untuk orang-orang kampung kita.. apa yg ingin tok perlukan ialah:

1. Jenis tshirt (nak berkolar / round neck)
2. Warna baju
3. Design baju

Tshirt akan dikeluarkan dalam cadangan adalah penghujung bulan Februari.. saiz serta harga akan diberitahu setelah design tshirt ni dipersetujui oleh semua.

Apa yang Tok ingin minta oleh orang- orang kampung semua ialah cadangan untuk nama pada baju contohnya 'Kampung Sri 360' ker ' Sri 360 Charity' ker ataupun nama lain yang sesuai untuk semua acara yang kita akan anjurkan.

Kerjasama daripada anda semua amat dihargai... sekian terima kasih..

Balairaya Against ISRAEL



We couldn't send army troops in order to help the Palestines against the Zionist...

thought by hard we wish we could do so....

but we can take part in boycotting Israel products listed here in this site

http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

Allahuakhbar!

Friday, January 2, 2009

Have A Heart Fund


Gambar kenangan untuk adik Syakirin & IJN.

Untuk makluman semua (terutamanya para penderma), jumlah wang yang berjaya dikumpul tempohari adalah sebanyak RM1385.50

Expenses :-

RM70 - Paperbag
RM150 - Nad (Cupcake 150pcs)
RM140 - Mek (Mug 70pcs)
RM348.50 - CK (packed food, gameboy ps2 game, gift for VIP)
RM150 - Clown
RM61.80 - Mek (frame, album, printing)
RM18 - Cik Ros (lanyard 30pcs)

Total expenses = RM938.30

Balance = RM447.20

Ada tambahan RM10 untuk tabung Have A Heart 360 menjadikan baki sebanyak RM457.20 untuk kegunaan charity project akan datang, insya Allah.

Dengan belen tu, nak derma semua kat anak-anak yatim or you guys wanna do/buy something for them? Buy school supplies? Books/Dictionaries? Or a simple outing for some snacks or a movie? Up to uols, iols boleh suggest sajork! Bukan sekarang... later-laterlah yek. Anytime up to you orang.

P/S: Sue, your idea (visiting kids suffering from AIDS) is good indeed but shall we do something for the orphans first?