Attention:

Members please update your information....

Click here to update!

Monday, December 22, 2008

Have A Heart - Laporan Penuh


news @ ntv7 Dec 20th

Tempat: Institut Jantung Negara.
Tarikh: 20 Disember 2008.
Waktu: 10.30am - 02.30pm.
Penganjur: Balairaya 360.


Objektif :
  • Untuk meluangkan sedikit masa bersama-sama pesakit kanak-kanak IJN dan cuba menceriakan mereka.
  • Penyerahan sedikit sumbangan untuk para pesakit dan menyampaikan hadiah impian dua orang pesakit untuk 'Wish List Programme' anjuran IJN.
  • Mengajak lebih ramai masyarakat Malaysia amnya dan komuniti bloggers khususnya agar sama-sama memberi perhatian dalam apa juga bentuk kepada pesakit-pesakit di IJN.
Idea untuk cuba menceriakan pesakit IJN tercetus apabila tersentuhnya hati salah seorang dari bloggers Kampung Sri 360 apabila beliau menyaksikan video berkenaan IJN yang ditayangkan di Konsert IJN Sheila Majid awal tahun ini. Komuniti Balairaya 360 menyambut baik usul yang diberi dan telah sama-sama berusaha untuk menjayakan projek 'Have A Heart' bagi pesakit kanak-kanak di IJN. Projek perintis Balairaya 360 ini telah mendapat sambutan seluruh warga kampung, tidak kira dimana mereka berada walau terpisah antara benua, malahan mendapat perhatian bukan warga Malaysia juga. Sejumlah wang berjaya dikumpul serta sumbangan berupa barangan dari orang-orang perseorangan telah diterima. Projek ini membuktikan persahabatan alam maya yang erat terjalin serta direalisasikan untuk satu niat yang mulia.

Diharap 'Have A Heart' dapat menimbulkan kesedaran kepada masyarakat supaya kita tidak lupa kepada mereka-mereka yang kurang bernasib baik terutamanya golongan kanak-kanak dan bayi. Adalah menjadi harapan sekiranya ini menjadi pemangkin kepada orang ramai khasnya komuniti bloggers lain agar tampil dengan program-program kemasyarakatan seumpamanya dalamana masing-masing meriah di alam siber. Pihak penganjur serta IJN sangat mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk sama-sama membantu meringankan beban pesakit-pesakit di IJN untuk masa akan datang. Semoga 'Have A Heart' akan menjadi titik permulaan untuk kita semua.

Dengan kejayaan projek ini diharap dapat menimbulkan kesedaran kepada masyarakat bahawa kewujudan bloggers dikalangan alam maya bukanlah setakat bersembang kosong bercerita tentang ketaksuban diri sendiri, atau melemparkan provokasi berkenaan isu-isu negatif, sebaliknya kami juga mempunyai inisiatif untuk berbakti dan memberi faedah kepada masyarakat dan negara.

Idea yang dicetuskan oleh Mem Aluyah Kueh Lapis ini pada asalnya ialah untuk mengagih-agihkan cupcakes dan belon sahaja, namun atas sambutan hangat yang diberikan (penduduk kampung, pihak luar, rakan, kawan sekerja malah facebookers) ianya telah bertukar menjadi satu projek yang sangat berjaya dan mengagumkan.

Minit Acara:

10.30am
- ketibaan penduduk2 kampung berserta sukerelawan dari kampung2 sebelah. barang2 sumbangan dikumpul. goodies bag pula telah disiapkan pada malam sebelumnya di IJN juga.

11.00am
- bergerak ke Wad Bunga Raya di tingkat 5. segala persiapan terakhir disusun sebelum acara bermula.
- penyanyi yang meningkat naik, Imran Ajmain bersama pengurus, Aszuad dan pembantu tiba 20 minit kemudian.

11.30am
- bergerak melawat setiap wad dan kanak-kanak sambil memberikan goodie bag/belon yang disampaikan satu persatu oleh Imran. pada masa ini, ramai ahli menjadi sebak walaupun gembira dapat menyampaikan sumbangan.
- keadaan kanak-kanak malah bayi yang menanggung kesakitan membuatkan semua ahli berasa sayu namun suasana berubah kerana semangat dan sambutan yang ditunjukkan adalah sangat positif.

12.00pm
- makan tengah hari. sebanyak 100 pek makanan berupa nasi lemak dan mihun diagih-agihkan kepada pesakit dan pelawat.
- 200 biji cupcakes juga disediakan disamping 200 kotak minuman.

12.30pm
- khusus untuk ahli, makanan tengah hari telah disediakan oleh pihak IJN berupa spaghetti, muffin dan tembikai serta teh dan kopi.
- sebenarnya pihak penganjur hanya bertanya jika dapat disediakan air minuman, tetapi Pn. Alawiyah telah berbesar hati untuk menyediakan makanan juga.

1.00pm
- aktiviti riadah dimulakan sementara menunggu ketibaan wartawan dan juga kemuncak acara iaitu kejutan untuk adik Syakirin.
- suasana bertukar menjadi sangat meriah dengan kehadiran badut belon seawal jam 12tgh hari dan permainan origami yang diberi tunjuk ajar oleh Cikyaya dan Abam Fazz.

1.30pm
- adik Syakirin dibawa masuk ke dalam bilik permainan. pada masa ini, beliau telah ditanya apakah barang yang diidamkan. sambil malu-malu beliau menjawab sebuah gameboy dan telah terkejut apabila Imran Ajmain secara tiba-tiba menghulurkan sebuah paperbag berisi gameboy.
- untuk makluman, hadiah gameboy ini telah ditaja oleh Hanis Zainul Azizan.
- adik Syakirin sangat teruja menerima hadiah yang disampaikan telah memberikan ucapan yang sangat hebat walaupun sukar untuk mengawal perasaan.

2.00pm
- Imran Ajmain meminta diri kerana ada urusan yang lain. kami semua berbangga dan berbesar hati serta berterima kasih yang tidak terhingga atas sokongan yang beliau berikan. semoga kami dapat berurusan lagi bersama beliau di masa hadapan.
- sejurus selepas itu, wartawan dari NTV7 tiba juga walaupun telah terlewat. selain ulasan projek kebajikan ini, mereka juga meminta kami mengulas mengulas pengswastaan IJN kepada Sime Darby Healthcare. kami 100% TIDAK BERSETUJU dengan cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan itu.

2.30pm
- walaupun hati terasa berat dan kemeriahan masih terasa, kami terpaksa mengakhiri lawatan kami ke IJN pada kali ini.
- diharapkan sumbangan kami yang tidak seberapa ini dapat menghiburkan hati adik-adik yang sedang menjalani rawatan dan kami berdoa semoga semuanya dapat sembuh dan panjang umur.

Terima kasih juga kepada ustaz kampung 360, Azmel yang sangat bermurah hati untuk menaja hadiah PS2 untuk adik Qayyum walaupun kedua-duanya tidak dapat menghadirkan diri.
Terima kasih yang tidak terhingga untuk warga kampung yang menaja barang-barangan lain (tidak tersebut disini kerana terlalu banyak) dan juga penderma-penderma lain yang berjiwa mulia samada dikenali atau tidak yang telah menyalurkan wang ringgit menerusi bendahari projek, Ciknad.

Diharapkan, projek perintis ini menjadi pemangkin untuk kegiatan kebajikan Balairaya 360 untuk masa akan datang.
Sekian laporan dari Mek Mafia, Pengurus Projek kali ini.


p/s: beratus2 gambar telah dimuatnaik (cewah!) di facebook. i heart u 'ols!

14 comments:

Anonymous said...

yea!

Anonymous said...

TOHNIAH!!!!! =)

Anonymous said...

kudos to all!
heart 360 ;-)

Anonymous said...

Syabas semua!!

Group hugs!!!

Anonymous said...

eh??

bila tambah gambar?

Anonymous said...

love u all....

tok rasa amat berbangga dgn kowang semua...

to mem,
tima kasih byk2 kerana membuatkan kg kita lebih bermakna...

we all miss u..

kami akan menganugerahkan pangkat 'Dato' kat mem jua... hehehe

Anonymous said...

sayang semua! :D

Anonymous said...

Alhamdullillah

Anonymous said...

:)

Anonymous said...

ho yeah!

Anonymous said...

Datin Paduka Mem Aluyah!

Anonymous said...

tahniah!!!

Anonymous said...

MIss me...muahhhhh...hahhahaha

Anonymous said...

Kah kah kah... tak leh hangkat!! Datin Paduka.

Macam ni boleh menangis Kak Pidah!