Attention:

Members please update your information....

Click here to update!

Friday, August 28, 2009

:: Ada Apa Sama Poco-Poco ::

Untuk kawan-kawan sekalian, cK nak kongsikan email yang cK terima ni untuk sama-sama direnungkan.


Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini.

Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini

"Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.

Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan

kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa.

Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama2 fikirkan."

Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan aeperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoal an itu semua.

Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.


9 comments:

Pink Marie said...

dulu dpt gak emel berantai nie.
mek cuba search asal dia kat internet tp tak jumpe pape pon. betul ke filipina?

dulu mek ada belajar tarian tradisional masa kat sekolah n also kat university. kalo stakat basic step kiri kanan atas bawah tu, mmg dia membentuk '+' tak kesah la inang ke zapin ke sama je. so how? kufur ke ape dah nie.

jom lah breakdance saje.

Pink Marie said...
This comment has been removed by the author.
Mrs Jaja said...

jom buat chicken dance jek la....hahhaha..

Tok Ketua said...

tok pun pernah dgr citer hal ni... slalu dipertikaikan gak...

betul gak.. tradisonal melayu sendiri pun ada step2 mcm tu... masa tok pergi wat research..

Unknown said...

tu la...boss kami pon kabor gitu. dah namanya menari, byk je basic begitu. step kiri kanan depan belakang tu kan.

kami pun cuba mencari bahan bukti ni ah. maka, kami mengalu-alukan pendapat2 kawan2.

bertambahlah ilmu pengetahuan, kan?

Tok Ketua said...

selagi fatwa tidak dikeluarkan kita xleh nk kata haram atau tidak.. yg penting hati dan tujuan tarian tersebut..

yg tok tahu tarian tersebut jadi pilihan adalah kerana ia bersahaja serta rilex utk mengurangkan stress...

neesa_jun said...

wah...iya ka?..harus siasat ni...kena tanya pakar tarian...betul ka tidak..huhu...tarian poco2 ni memang fevret orang ramai..masa neesa minggu orientasi dulu pun diajar paksa menari tarian nih..hadoih..tapi enjoy la jugak...keluar peluh...hehe...

neesa_jun said...
This comment has been removed by the author.
FerioBiru said...

kalau rukun islam leh la juga nak kongsi ilmu, bab tarian nih dok tau butir habuk