Peringatan kepada kita yang selalu LUPA.
Dikisahkan bahawa sewaktu puteri Rasulullah SAW, Fatimah r.a. meninggal
dunia, maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, iaitu:
1. Saidina Ali
bin Abi Talib kwj (suami Fatimah r.a.)
2. Saidina Hasan r.a. (anak
Fatimah r.a.)
3. Saidina Hussain r.a. (anak Fatimah
r.a.)
4. Abu Dzar Al-Ghifary r.a.
Sewaktu jenazah Fatimah r.a.
diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzar Al-Ghifary r.a. berkata kepada
kubur: "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan
kepada kamu? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra,
anak Rasulullah SAW." Maka berkata kubur: "Saya bukannya tempat bagi
mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun saya adalah
tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dari
saya, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan
terlepas dari saya (akan saya layan dia dengan seburuk-buruknya)."
Abu
Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari
siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara:
1. Hendaklah ia menjaga
solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan
memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan
melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah:
1.
Jangan berdusta
2. Jangan berkhianat
3. Jangan mengadu-domba
(melaga-lagakan dua pihak supaya bermusuhan)
4. Jangan kencing sambil
berdiri. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Bersucilah kamu
semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu
berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari
segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau
seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah SWT. Sebaliknya,
kubur itu tidak mengambilkira sama ada orang itu orang miskin, orang
kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya. Kubur akan melayan
seseorang itu mengikut amalan-amalan yang telah dilakukan oleh si mati
sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa
kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua
malaikat, Mungkar dan Nakir, dengan cara kita menghafal. Pada hari ini
kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil: "Takutlah kamu kepada
Allah SWT dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas
kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir," maka mereka mungkin akan
menjawab: "Ah! Mudah sahaja. Saya boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang kurang berakal. Seseorang itu tidak
akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak
mengamalkannya semasa hidupnya sebab yang akan menjawab soalan Mungkar
dan Nakir adalah amal-amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca
al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu jugalah dengan
amalan-amalan soleh yang lain.
*kopipes dari facebook*
No comments:
Post a Comment