Attention:

Members please update your information....

Click here to update!

Friday, March 19, 2010

:: Takziah Untuk Dilla & Keluarga ::

Rakan-rakan,

Ayahanda kepada sabahat kita  Aizam Fadilla (Dilla / Anggun), En. Mohamad Bin Musa telah pun kembali ke pangkuan-Nya pagi ini. Al-Fatihah.

Terlepaslah soal jawab kubur hingga ke hari akhirat. Sabda Rasulullah SAW “Siapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat, Allah mencatat untuknya pahala orang syahid dan menjaganya dari fitnah kubur”.

Sunday, February 21, 2010

Zulhaidi & Noor Fadzilla :)


Abam Zool: Alhamdulillah...dapat jugak si Dylla ni kat aku... Siaplah dia.... grrrrr!
Dylla: Alamak! Doa apa lak yang dia baca tu... abislah aku.....

Haaaaaa... Tahniah kepada kedua mempelai yang sekarang ini sedang berusaha menjayakan projek Harimau Kampung Seri 360!

Wednesday, February 17, 2010

:: Tahniah Zu !!! ::

Wahai orang-orang kampung sekalian,

Dengan ini ingin saya war-warkan kehadiran seorang bayi anakanda kepada Puan Zu yang berada nun di Sabah. Beliau telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.75kg pada 7.50 pagi hari Isnin bersamaan 15 Febuari 2010 yang lalu.

Tahniah! Moga dikurniakan kesihatan yang baik buat ibu dan bayi.

Sekian.

p.s : Nantikan kebanjiran generasi baru Kampung Sri 360 - versi baby la pulok. Hiks!

Tuesday, February 16, 2010

dah dekat

seronok pun ada
takut pun ada..
takut tu lagi banyak

Friday, January 15, 2010

CABARAN KELUARGA MASAKINI

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. dengan menghayati sepenuhnya kandungan ajaran Islam agar kita dapat menyelamatkan diri dan keluarga dari azab api neraka.

Saudara-saudara sekelian,

Zaman sekarang adalah zaman yang penuh dengan perubahan yang pesat. Perubahan-perubahan ini membawa bersamanya berbagai cabaran. Berjaya atau tidak seseorang itu banyak bergantung kepada bagaimana ia menangani cabaran-cabaran tersebut.

Antara cabaran-cabaran yang kita tempuhi hari ini adalah cabaran membina sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan lunas-lunas Islam. Bagaimana kita membesarkan anak-anak kita di sekitaran yang mencabar nilai-nilai murni Islam. Bagaimana kita menyesuaikan diri kita dengan perkara-perkara yang tidak wujud pada zaman ibu bapa kita.

Dewasa ini kita lihat ramai di kalangan keluarga Islam yang mana kedua- dua suami dan isteri keluar bekerja. Kita lihat semakin ramai kanak-kanak yang dijaga oleh datuk dan nenek mereka, atau dijaga oleh pembantu- pembantu rumah. Kita lihat peranan tradisional seorang ibu dan isteri terpaksa menghadapi perubahan apabila gaya hidup dan persepsi masyarakat berubah.

Sidang hadhirin yang dirahmati Allah,

Islam tidak melarang seorang isteri keluar bekerja. Islam tidak melarang seorang isteri membantu suaminya menambah pendapatan keluarga. Tetapi Islam telah menggariskan syarat-syarat dan garis pandu agar umat Islam dapat terus menikmati kehidupan yang bahagia. Islam adalah agama yang syumul. Islam adalah agama yang universal. Islam adalah agama yang tidak mengenal sempadan negara, budaya atau masa. Maka Islam telah meletakkan garis pandu tersebut untuk mereka yang ingin mencari kebahagian di dunia dan di akhirat.

Peranan suami dan isteri dalam Islam adalah jelas. Begitu juga tanggung- jawab masing-masing. Seorang suami berkewajipan menyara kehidupan isteri dan anak-anaknya. Seorang isteri berkewajipan mentaati dan menjaga hak dan maruah suaminya. Kedua-dua suami dan isteri berkewajipan membesarkan dan mendidik anak-anak mereka mengikut didikan Islam.

Maka apabila seorang isteri keluar bekerja, ia mestilah atas keizinan dan keredhaan suami. Apabila seorang isteri keluar bekerja, ia wajib memastikan bahawa keluarga dan rumah yang ditinggalkannya tidak terbengkalai. Dan biasanya, kita lihat isteri keluar bekerja adalah untuk menambah pendapatan keluarga.

Sebagai suami, sebagai ketua keluarga, kita harus menghayati beberapa perkara. Pertama: Apabila kita membenarkan isteri kita bekerja, ia tidak bermakna bahawa isteri kita mesti berkongsi kewajipan mencari nafkah. Memberi nafkah terhadap isteri dan anak-anak tetap menjadi tanggung- jawab seorang suami. Islam tidak membebankan tanggung jawab mencari rezeki ke atas isteri-isteri kita. Maka sebagai suami, kita tidak harus memerintahkan atau memaksa isteri kita keluar bekerja. Sebagai suami, kita harus berusaha sedaya upaya untuk menyara hidup keluarga kita. Sekiranya isteri bekerja, itu hanya untuk menolong suami dalam usaha menambah nafkah atau mungkin hanya sebagai pendapatan tambahan.

Kedua: Apabila isteri kita keluar bekerja, maka sebagai suami, kita harus memahami keadaan mereka. Kita tidak harus memerintahkan mereka membuat kerja rumah selepas pulang dari kerja sedangkan kita hanya duduk berehat di atas kerusi. Masing-masing telah bekerja. Masing- masing mengalami penat. Adakah patut dalam keadaan ini kaum yang lebih kuat duduk diam sedangkan kaum yang lemah diperintahkan melayaninya? Adakah ini suatu keadilan?

Sebaliknya, seorang suami harus sama-sama membantu isterinya dalam kerja-kerja rumah. Daripada kita hanya duduk di hadapan telivisyen dan mengharapkan si isteri menyiapkan makanan malam, kita sepatutnya bersama-sama mereka di dapur, membantu mereka, atau sekurang- kurangya membuat kerja-kerja rumah lain. Dengan ini, kita dapat meringankan tugas isteri kita. Ini akan mempertingkatkan kesefahaman dan merapatkan lagi hubungan antara suami dan isteri. Ini akan menambahkan rasa kasih dan sayang antara kedua pasangan tersebut dan membuat si isteri lebih menghargai sumbangan suami. Rumahtangga merupakan perkongsian hidup antara pasangan suami isteri. Memastikan kemantapannya dalam semua segi adalah tanggungjawab bersama.

Marilah kita lihat contoh kehidupan rumahtangga Rasulullah s.a.w. Beliau tidak pernah berasa keberatan untuk menolong isteri-isteri beliau dalam kerja-kerja rumah. Beliau tidak marah apabila isteri beliau tidak dapat menyediakan sarapan lantaran tiada makanan. Malah beliau hanya berkata bahawa beliau akan berpuasa untuk hari itu. Rasulullah s.a.w merupakan contoh utama bagi umat Islam. Lihat bagaimana Rasulullah s.a.w menjahit baju beliau sendiri. Seseorang Rasul yang sibuk dengan berbagai tugas dakwah, menjahit bajunya sendiri! Lihat bagaimana baginda tidak pernah memarahi isteri-isteri baginda kecuali apabila hukum Allah dilanggar. Baginda tidak marah apabila isteri-isteri baginda kurang berkemampuan melayani kehendak baginda. Inilah contoh seorang manusia yang kamil, yang lengkap. Maka benarlah apa yang disabdakan beliau:

"Orang yang paling baik diantara kamu ialah yang paling baik terhadap isterinya. Aku adalah yang paling baik terhadap isteriku." (Hadith riwayat Tarmizi).

Begitulah bagaimana Rasulullah s.a.w telah menunjukkan contoh agar diikuti oleh umatnya. Kita cinta terhadap Rasulullah. Kita menyambut hari kelahiran baginda. Maka adalah wajib bagi kita mencontohi kehidupan baginda sebagai tanda cinta kita terhadap baginda.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Perkara ketiga yang harus difahami oleh ibu-bapa yang bekerja zaman ini, adalah tanggung-jawab mereka terhadap anak-anak mereka. Bagaimana si anak menghadapi kekosongan didikan ibu-bapanya yang hilang bekerja selama lapan jam setiap hari. Bagaimana kita mengatasi kekosongan tersebut agar anak tadi tidak mencari kasih sayang dari teman-teman yang mungkin liar, atau dari telivisyen yang mempamerkan nilai dan gaya kehidupan yang bercanggah dengan Islam. Inilah yang harus kita renungi.

Tidak ada ganti didikan yang lebih baik daripada didikan seorang ibu. Tidak ada ganti kasih sayang bagi kasih sayang kedua ibu bapa. Adakah kita tergamak membiarkan anak kita dididik, dijaga dan dibelai oleh orang lain sedangkan kita yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan mereka?

Oleh yang demikian apabila seorang isteri terpaksa keluar bekerja untuk menampung kekurangan nafkah keluarga, maka suaminya mesti memahami dan sama-sama membantu menyediakan masa yang sesuai untuk menjaga, mengasuh dan membelai anak-anak tersebut. Penjagaan anak-anak bukanlah satu tugas mutlak bagi isteri. Bahkan, penjagaan anak-anak adalah tanggung jawab bersama. Belaian yang diberi kepada anak-anak semasa mereka kecil lagi akan mengeratkan perhubungan kita dengan anak-anak di masa depan.

Pasangan suami isteri juga harus mengetahui pentingnya menimba ilmu pengetahuan tentang kekeluargaan. Membesarkan anak dan menjaga rumahtangga bukanlah satu perkara mudah yang boleh dipelajari menerusi pengalaman. Suami isteri harus bersedia mengambil bahagian dalam bengkel-bengkel penjagaan anak dan rumahtangga yang sering dianjurkan oleh badan-badan setempat. Bagaimanapun, sering kali berlaku perkara-perkara yang amat menyedihkan apabila kursus-kursus seperti ini dianjurkan. Ini adalah kerana rata-rata sekitar 70% daripada mereka yang hadir adalah kaum wanita, walaupun kadang-kadang topik yang dibincangkan adalah mengenai peranan ketua keluarga. Di manakah kaum bapa kita dalam hal ini?

Marilah kita merenung firman Allah s.w.t dalam surah At-Tahrim, ayat 6 yang berbunyi:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri kamu dan diri keluarga kamu dari api neraka yang kayu bakarnya ialah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka selalu mengerjakan apa yang diperntahkan."

Article was taken from here.

Friday, December 4, 2009

DOA BOLEH MENGUBAH TAQDIR

Dalam sebuah hadits Nabi shollallahu 'alaih wa sallam menjelaskan bahwa taqdir yang Allah ta'aala telah tentukan bisa berubah. Dan faktor yang dapat mengubah taqdir ialah doa seseorang.

Bersabda Rasulullah shollallahu 'alaih wa sallam: "Tidak ada yang dapat menolak taqdir (ketentuan) Allah Ta'ala selain do'a. Dan Tidak ada yang dapat menambah (memperpanjang) umur seseorang selain (perbuatan) baik." (HRTirmidzi 2065)

Subhanallah…! Betapa luar biasa kedudukan do'a dalam ajaran Islam. Dengan do'a seseorang bisa berharap bahwa taqdir yang Allah ta'aala tentukan atas dirinya berubah. Hal ini merupakan sebuah berita gembira bagi siapapun yang selama ini merasa hidupnya hanya diwarnai penderitaan dari waktu ke waktu. Iaakan menjadi orang yang optimis. Sebab keadaan hidupnya yang selama ini dirasakan hanya berisi kesengsaraan dapat berakhir dan berubah. Asal ia tidak berputus asa dari rahmat Allah Ta'ala dan ia mahu bersungguh-sungguh meminta dengan do'a yang tulus kepada Allah ta'aala Yang Maha Berkuasa.

"Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Ta'ala mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserahdirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)." (QS Az-Zumar 53-54)

Demikianlah, hanya orang yang tetap berharap kepada Allah Ta'ala saja yang dapat bertahan menjalani kehidupan di dunia betapapun pahitnya taqdir yang ia jalani. Ia akan senantiasa menanamkan dalam dirinya bahwa jika ia memohon kepada Allah Ta'ala dalam keadaan apapun, maka derita dan kesulitan yang ia hadapi sangat mungkin berakhir dan bahkan berubah.

Sebaliknya, orang yang tidak pernah kenal Allah ta'aala dengan sendirinya akan meninggalkan kebiasaan berdo'a dan memohon kepada Allah Ta'ala. Ia akan terjatuh pada salah satu dari dua bentuk ekstrimitas.

Pertama, ia akan mudah berputus asa.

Atau kedua, ia akan lari kepada fihak lain untuk menjadi sandarannya demi merubah keadaan.
Padahal begitu ia bersandar kepada sesuatu selain Allah Ta'ala, termasuk bersandar kepada dirinya sendiri, maka pada saat itu pulalah Allah Ta'ala akan mengabaikan orang itu dan membiarkannya berjalan mengikuti situasi dan kondisi yang tersedia.

Sedangkan orang tersebut dinilai sebagai seorang yang mempersekutukan Allah Ta'ala dengan yang lain. Berarti orang tersebut telah jatuh ke dalam kategori seorang musyrik...!

"Dan Tuhanmu berfirman, "Berdo`alah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." (QSAl-Mu'min 60)

Dan yang tidak kalah pentingnya bahwa seorang muslim tidak boleh pernah berhenti meminta kepadaNya, karena sikap demikian merupakan suatu kesombongan yang akan menjebloskannya ke dalam siksa Allah Ta'ala yang pedih.

Maka Rasulullah shollallahu 'alaih wa sallam bersabda: "Barangsiapa tidak berdo'a kepada Allah Ta'ala, maka Allah Ta'ala murka kepadaNya." (HR Ahmad 9342)

Saudaraku, janganlah berputus asa dari rahmat Allah Ta'ala. Bila anda merasa taqdir yang Allah Ta'ala tentukan bagi hidup anda tidak memuaskan, maka tengadahkanlah kedua tangan dan berdo'alah kepada Allah Ta'ala. Allah Ta'ala Maha Mendengar dan Maha Berkuasa untuk mengubah taqdir anda.

Barangkali di antara do'a yang baik untuk diajukan sebagai bentuk harapan agar Allah Ta'ala mengubah taqdir ialah sebagai berikut: "Ya Allah, perbaikilah agamaku untukku yang mana ia merupakan penjaga perkaraku. Perbaikilah duniaku yang di dalamnya terdapat kehidupanku. Perbaikilah akhiratku untukku yang di dalamnya terdapat tempat kembaliku. Jadikanlah hidupku sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah matiku sebagai istirahat untukku dari segala keburukan." (HR Muslim4897)

Taken from here.

Monday, November 30, 2009

mintak tolong..

sorry la jaja terpaksa wat annoucement kat sini la..ekceli nak mintak tolong kepada org kampung la...tentang cara2 nak letak nuffnag kat blog...hehe...jaja dah try byk2 kali dah ari tu...tapi tak jadik jgk...dah sakit hati dah....

alkisahnye last week jaja ade wat deco2 sket kat blog...pastu deco punye deco tetiba lak hilang nuffnag ku...nak letak balik dah jadik blur...hehe...kepada sesiapa yg baik hati nak tolong jaja tu sila la bgtau cara2nye ok...

jaja dah try ikut cara lam nuffnag tu dah tp still tak jadik jgk...di harap u ols sedia membantu ye....

hehe...tenkiu...bye2