Bersempena sambutan kedua pembukaan kampung kita di kawasan penempatan yg diberi nama Kampung Sri 360, Tok Ketua telah menugaskan si Mek jelita yang tidak berperikemafiaan ini untuk menolong menjayakan majlis.Antara usul sambutan yang difikirkan:
- setiap penduduk mesti melakukan sambutan secara solo (dan/atau beserta teman rapat atau haiwan peliharaan yg turut menyatakan sokongan).
- pilih acara yg senang dan kretif (cth: aku dan sepotong kek - selamat ulangtahun sayang... / aku dan belon-belon etc).
- ambillah gambar kenang2an. konfem korg suke camwhoring lah.
- ceritakan tentang sambutan solo anda di laman blog masing pada malam 6hb atau keesokan paginye dkt opis. hati2 agar tidak disergah bos.
Aktiviti sampingan untuk burung2 hantu 360:
- online beramai2 (chat/voice/video conference) pada tgh malam sambutan, khas utk kaki2 yang tido lewat.
- lagi bes kalo ada gossip! haha~
Segala pandangan/usul diterima. Sila kemukakan cadangan anda.
Saya yang bertindak mengikut arahan:
Dearest Beloved Mek Mafia
p/s: cekout fb invitation. sama je ekceli. heheh.