Attention:

Members please update your information....

Click here to update!
Showing posts with label announcement. Show all posts
Showing posts with label announcement. Show all posts

Tuesday, May 18, 2010

:: New Born! Newbies! New Generation! ::


Kawan-kawan sekalian,

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawasanya, Puan Wan Noor Azura atau lebih sinonim dengan panggilan Cik Nad telah selamat menjadi ibu kepada seorang bayi lelaki seberat 2.97kg pada jam 12 tengahari tadi.

Sesiapa antara kamu yang mahu memeriahkan majlis dan melawat ibu &  anak yang comel itu, boleh berbuat demikian dengan pergi ke Pusrawi, KL (bersebelahan Perpustakaan Negara / berhadapan dengan IJN) Wad An-Nur, Tingkat 6, Bilik No. 11.



Lahirlah lagi generasi baru Kg. Sri 360!
 

Tukang Sebar Berita,
cK.

Wednesday, May 5, 2010

:: Kg Sri 360 Goes 3! ::


Kehadapan Kawan2 / Jiran2 Yang Disayangi,

Bersempena dengan sambutan ulang tahun penempatan Kampung Sri 360 yang mengambil tempat pada 6hb Mei 2010 ini, dengan sukacitanya saya ingin menyeru untuk para penduduk menyambutnya secara bersederhana di kawasan masing masing.

Ini adalah untuk membantu mengurangkan kos perbelanjaan tuan2 dan puan2 (yang baru saja selesai membayar cukai kada kerajaan). Anda boleh:

- melakukan sambutan secara solo (dan/atau beserta teman rapat, keluarga atau haiwan peliharaan yg turut bersekongkol).

- bercamwhore dan meriak di saluran alam maya (FB, twitter atau blog masing2) bermula pada tgh malam ini hinggalah tengah malam esok.

- bagi yang mempunyai akaun FB, disaran agar meletakkan status yang paling kreatif berkaitan dengan sambutan ulang tahun ini.

Sila kongsikan cadangan / idea lain sekiranya ada.

Happy Three people!

Salam Sayang,
cK gevu

Wednesday, February 17, 2010

:: Tahniah Zu !!! ::

Wahai orang-orang kampung sekalian,

Dengan ini ingin saya war-warkan kehadiran seorang bayi anakanda kepada Puan Zu yang berada nun di Sabah. Beliau telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.75kg pada 7.50 pagi hari Isnin bersamaan 15 Febuari 2010 yang lalu.

Tahniah! Moga dikurniakan kesihatan yang baik buat ibu dan bayi.

Sekian.

p.s : Nantikan kebanjiran generasi baru Kampung Sri 360 - versi baby la pulok. Hiks!

Monday, March 16, 2009

Thursday, January 29, 2009

Balairaya Berwajah Baru...

apa???

berwajah baru?

ok-lah. memang ajk yuyayuya memang giler kose. nasiblah korang... but then again, i know y'all sayang jer kat i nie ah... kan kan kan kan? hiks.

memula tu nak tampal itu ini jer but rasanya naklah jugak guna template baru.

efforts?

(1) i need to duplicate the whole balairaya360 and create a dummyblog (yang nie, cik kuntum and some of you guys je yang sempat tengok) ... reason being, kalau tukar template sah2 all the widgets hilang serta-merta. so, i created a dummyblog under the registered email address balairaya360@gmail.com. Please take note that the previous balairaya was registered under my personal email address :( . Rationale: biarlah balairaya standalone atas kaki seniri.. huhuhu...

(2) yaya telah menkonstruksi blog balairaya yang baru ini dengan bantuan tuan mandur kita, cik kumtum .. eh .. cik kuntum yang banyak gak kasi idea segala.. hihihihi.... add segala widgets, tukar colors segala...... adjust itu sini sana.... hmmmmm .. tidak lupa juga, telah mengimport segala blog entry dan telah menguploadnya ke sini.... (anda sudah tentu tidak menyedari akan hal ini... :D)

(3) secara dendiam, yaya telah menutup blog balairaya yang lama dan tukar url kepada balairaya360-mirror.blogspot.com (yg akan didelete) .. oh.. maaf yah, cuma authors saja yg boleh melihat the old balairaya .. sowie ye! :P ..... ahhh.. sesudah itu, yaya cepat2 tukar url blog nie yang pada awalnya adalah balairaya360-demo-2.blogspot.com kepada balairaya360.blogspot.com ....

(4) ketiadaan gambar famili kita yang besar itu ... hmm .. of course itu adalah menjadi kebanggaan kita semua, but isn't it too big to put it up there? ianya akan memakan byk ruang.... perhaps kita bulih meminimakan sizenya and add a link to view it in larger size :) - please give komen on this one, ok? :)

(5) ekceli, nak bubuh senarai link orang2 kampung just below the header tuh.... still dalam pembinaan... so, tak sompek nak buh semua link2 yang ado.... oh.. bagi mereka yang dah tukar link tapi tak kasitau tuh, maaflah ya... ajk yuyayuya terpaksa mengeluarkan link anda (no hard feeling, ok?)

akhir kata.... previous authors, please check your email to accept invitation from balairaya360... else, korang tak dapek laa priviledge utk jadi authors again (ini amaran utk tok ketua .. miahahahaha) ...

ahh... cukup.

sape2 nak letak link diaorg kat sini... sila email kepada kami :

balairaya360@gmail.com

ada cadangan? sila laa komen di bawah ini....

sekian. tima kasih.

:D

Yaya yang Comel :)

Thursday, September 4, 2008

mari berbuka puasa!


ini arahan daripada tok ketuek.... dengan kuasa veto yang ada pada tok ketuek yang kita sayangi lagi kasihi itu.... dia nak makan berbuka puasa ngan kita semua kat perkara yang ada di atas nie... macam best ajer kan? (mem, jgn risau...kami makan bagi pihak mem :P)

sila kasi nama and butiran lanjut anda supaya tok ketuek leh buat booking ....

laaa.. lupa lak...

Tarikh : 13 September 2008

and kami akan mengadakan cabutan bertuah pada hari yang sama.... apa hadiahnya?? jeng jeng jeng ... penginapan satu malam, boleh pilih dengan siapa ... abam k.e or abam zool. haaa.. gitulah... :P

datang jgn tak datang.