Attention:

Members please update your information....

Click here to update!

Friday, August 28, 2009

:: Ada Apa Sama Poco-Poco ::

Untuk kawan-kawan sekalian, cK nak kongsikan email yang cK terima ni untuk sama-sama direnungkan.


Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini.

Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini

"Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.

Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan

kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa.

Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama2 fikirkan."

Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan aeperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoal an itu semua.

Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.


Tuesday, August 25, 2009

:: Iftar Kampung Sri 360 & Majlis Sambut Menantu ::

Usul tarikh: 12 September 2009 (Sabtu)
Venue : Kediaman pasangan K.E & Zila di Shah Alam
Waktu: 630ptg - 10mlm
Hidangan : Pot Luck Style

Salam semua,

Usul telah diwar-warkan oleh Cik Yaya kita untuk majlis diatas. Adalah amat dialu-alukan pendapat orang2 kampung sekalian dalam memberi pandangan dalam membuat pengisian acara.

Oleh kerana ianya dilakukan secara pot luck, sila sahkan kehadiran anda bersama dengan hidangan yang korang sediakan untuk majlis tersebut.

Sebarang bantahan/ cadangan terhadap tarikh penganjuran boleh dikemukan dan akan dibincangkan untuk kebaikan bersama.

Terima kasih pada tuan rumah yang sudi menaja tapak perkhemahan tahun ini.

Yang kena perintah,
Cik Kuntum

Thursday, August 20, 2009

:: Selamat Berpuasa ::

Klik untuk besorkan

Klik untuk besorkan

Untuk semua warga kampung, sama-samalah kita menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan. Dengan ini dilampirkan bersama-sama bacaan dan perkara yang sinonim dengan bulan puasa.

p/s : Nak usulkan juga agar dimuat naikkan (upload) bahan bacaan berguna sepanjang bulan Ramadhan agar kita sama-sama dapat menghayati bulan mulia ini dengan lebih keimanan.

Wednesday, August 19, 2009

Iftar 360 & Majlis Menyambut Menantu

Assalamualaikum warga kampung sri 360 ....
Semua dah bersedia nak raya? eh.... puasa laaa dulu wei ... :p

Dah bersedia untuk acara berbuka puasa?

Haaaa... tahun nie ingat nak propose acara yang agak special skit...... hmmmm...

Adalah hendak dimaklumkan kepada warga kampung yang sahabat kita, theladyana akan melangsungkan majlis perkahwinannya di Dungun, Terengganu.... Majlis berlangsung dalam suasana hari raya, approx 5 hari after raya (tak dpt nak confirm lagi as kad belum diedarkan). Memandangkan the possibilities ramai yang tidak dapat menghadirkan diri ke majlis beliau (almaklumlah ramai yang akan pulang ke kampung halaman), dengan ini saya mencadangkan agar kita melangsungkan Iftar360 bersamaan dengan majlis "menyambut menantu" ... miahahaha....

Sempena dengan majlis menyambut menantu nie, kita raikan theladyana dan pasangan beliau. Bagi yang tak dapat nak hadir kenduri beliau di Dungun, kalau ada wedding gift for her, bolehlah disampaikan sekali masa majlis nie.....

Amacam, ok tak?

Proposed date?
September 12, 2009 (Sabtu)
Venue : blom nak ada lagi coz list ramadhan buffet tak diterima lagi. :p
or kalau ada sesiapa nak sponsor venue and kita buat potluck?? :D

Sila ususkan eh usulkan cadangan anda di ruangan komen di bawah ....

Sekian. Terima Kasih.

Yang beryuya-yuya,
Yaya Azura & Fazz Fazrul

Friday, July 31, 2009

:: Destinasi Akhir ::

Dipetik dari kiriman email:

Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara-pusara yang dibina dalam gambar-gambar ni semua memang sangat cantik. Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara korang yang terniat nak ada kubur macam ni bila kita tiada nanti. Tapi mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram?
Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata:

“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”

Hadith Riwayat Imam Muslim

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.

"Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ala", Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.

wALLAHua’lam..
Renung-renungkan.

Friday, July 24, 2009

Empat perkara

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat



Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama



4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.



~sampaikanlah walau sepotong ayat..

Wednesday, July 15, 2009

Bilik mesorat

sengaja saya remove bilik mesorat kampung kita..... harap maklum.

:-)