Attention:

Members please update your information....

Click here to update!

Tuesday, September 8, 2009

Kembali bersiaran ..

masuk nie 3 blog (termasuk balairaya ler :p) with the same posting title... ngeeee "Kembali Bersiaran" .....
pelik tetapi benar ....
hiks.

Thursday, September 3, 2009

Open Tender for Iftar360

 Tender Nasi
* open untuk berapa orang makan nie?


 Tender lauk-pauk
1) McFiez & McBf - Ayam Golek Pantai Bharu
2) McYaya & McFazz - Urap, Begedil Kentang & Ikan masin
3)
..........

Tender kuih-muih
1) Zool & Dylla - homemade fried popiah lover with red sauce of happiness
2)
....

Tender air minuman & ais
1)
2)
....


Tender manisan
1) cK – Fruit cocktail jelo & mustard syrup
2)
....

Tender lain-lain
1) McNabil - Fish & Chips
2) McMem Aluyah & McBamin - Kurma sumbat Badam

Tender cuci pinggan
1) Jejaka Kampung Seri 360 yang rawk!!

Perhatian: Sila donate RM2 seorang utk beli pinggan dan cawan kertas serta sudu dan garfu plastik utk meringankan beban tuan rumah. Sekiranya tidak, apa salahnya susahkan tuan rumah.. bkn slalu kan.. muahahahahaha....

Wednesday, September 2, 2009

Majlis Berbuka Puasa Kg Sri 360 2009

Assalamualaikum semua...

Majlis berbuka puasa bg Kg Sri 360 buat kali ini harap dpt memriahkan lagi aktiviti org2 kg semua serta dpt merapatkan siraturahim antara kita semua... mintak maaf byk2.. kali ni tok x dpt handle n arrangekan majlis kali ni disebabkan sedikit kesukaran masa tok sendiri n keluarga...

Tarikh dan Tempat sudah dipersetujui oleh semua

Tarikh : 5hb Sept 2009 (Sabtu)

Waktu : 6.00 ptg - Isyak

Bertempat : Rumah K.E & Zila

Alamat : No 35-2-2, Delima Apartment, U8/80 Jalan Arca, Taman Bukit Jelutong, Jelutong Timur, 40150 Shah Alam.

Acara Hidangan : Pot Luck (membawa juadah masing2 yg boleh berkongsi bersama)



Kehadiran semua penduduk kg amat dialu2kan...

Sila hubungi Tok, Zool atau K.E sekiranya ada kesukaran hendak ke rumah K.E... 

anda semua boleh berkumpul di Shell batu tiga (bertentangan Politeknik Shah Alam).. mudah utk pergi beramai2 selewat2nya pada pukul 6 ptg...

Sekian Terima Kasih


Yg Sebenar,
Chapitygplgmanja
(Tok Ketua Kg Sri 360)

Tuesday, September 1, 2009

:: Isu Kesihatan di Bulan Puasa ::

Rawatan Kesihatan Tidak Membatalkan Puasa

Rawatan tidak batalkan puasa
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN


ANTARA isu biasa yang timbul setiap kali Ramadan ialah keengganan sesetengah pesakit mendapatkan rawatan kerana bimbang ia boleh membatalkan puasa.

Ada juga yang bertindak sebaliknya dengan menjadikan penerimaan rawatan sebagai alasan untuk tidak berpuasa. Malah, ada pesakit berasakan mereka perlu membatalkan puasa apabila menerima rawatan.

Bahkan di kalangan doktor, masih ada yang tidak pasti sama ada rawatan yang mahu diberi kepada pesakit boleh membatalkan puasa atau sebaliknya.

Sebenarnya Islam memberi kelonggaran untuk berbuka jika dengan berpuasa boleh mendatangkan mudarat atau memburukkan kesihatan pesakit. Tidak kira apa penyakit dihidapi, namun jika ia terkawal, individu berkenaan diwajibkan berpuasa.

Namun kumpulan ini, contohnya pesakit buah pinggang (yang perlu jalani dialisis), kencing manis dan asma yang teruk, diharuskan atau diwajibkan berbuka jika tahap kesihatan mereka merosot secara mendadak sehingga mengalami komplikasi teruk akibat tidak makan.

Kumpulan pesakit yang dikecualikan berpuasa ialah:
• Leukemia
• Kanser usus
• Kanser paru-paru
• Aids yang serius
• Meningitis (jangkitan selaput otak)
• Pneumonia (jangkitan paru-paru)
• Jangkitan salur kencing
• Septisemia (pemusnahan tisu akibat kesan toksik bakteria dalam darah)
• Pesakit yang alami kerosakan buah pinggang (perlu dialisis)
• Asma yang teruk

Pun begitu, masih banyak isu menjadi persoalan pesakit, sama ada rawatan bakal diharuskan ketika berpuasa atau boleh membatalkan ibadat mereka. Antara persoalan ini ialah:

• Suntikan vitamin dan glukos
• Penggunaan ubat penyedut atau semburan bagi melegakan gejala asma
• Penggunaan oksigen
• Rawatan gigi
• Pemeriksaan dan rawatan mata serta telinga
• Pengambilan darah
• Pembedahan kecil

Isu bimbang mendapat rawatan ketika berpuasa tidak hanya berlaku di Malaysia, tetapi membabitkan semua umat Islam di seluruh dunia.

Persidangan Akademi Fiqah Islam Antarabangsa yang berlangsung di Maghribi dan Putrajaya beberapa tahun lalu merumuskan, ada kaedah rawatan yang tidak membatalkan puasa.

Kaedah berkenaan ialah:

• Menitiskan ubat ke dalam mata, hidung, telinga dan membasuh telinga (selagi ia tidak ditelan)
• Meletakkan ubat di bawah lidah untuk rawatan sakit dada atau angina atau lain-lain penyakit dengan syarat ia tidak ditelan
• Memasukkan sesuatu alat ke dalam rahim untuk tujuan rawatan dan pemeriksaan seperti alat mencegah kehamilan, supositori (penyediaan ubat dalam bentuk pepejal untuk dimasukkan dalam ruang tubuh), douching (semburan air untuk mencuci mana-mana bahagian tubuh) dan skop
• Memasukkan sesuatu alat ke dalam salur kencing dan pundi kencing seperti ureteroskop dan radio-legap (bahan mengandungi iodin sebagai saluran untuk memberi warna kontras dan legap apabila menjalani radiografi yang menggunakan sinar-X) untuk tujuan pemeriksaan dan rawatan
• Memasukkan sesuatu alat ke dalam usus untuk tujuan pemeriksaan, rawatan dan ubatan seperti supositori, radio-legap dan cecair bagi membersihkan usus
• Rawatan gigi seperti mencabut, menampal dan pembersihan gigi dengan tidak menelan apa-apa
• Berkumur-kumur atau menyembur ubat semburan ke dalam mulut tanpa menelan apa-apa
• Pemberian suntikan ubatan ke dalam salur darah (intravena) atau melalui kulit, sama ada di bawah kulit (subkutaneus) dan dalam otot (intra maskular). Ini termasuk suntikan insulin bagi pesakit kencing manis
• Pengambilan oksigen. Ini kerana udara yang kita sedut juga adalah oksigen
• Pemberian bius (seluruh badan)
• Semua jenis ubat yang meresap ke dalam badan melalui kulit seperti krim sapu
• Memasukkan tiub dan radio-legap bagi tujuan angiogram (pemeriksaan pembuluh darah melalui sinar-X. Ia untuk melihat masalah salur darah tersumbat, biasanya bagi pesakit jantung. Untuk tujuan ini satu pewarna yang legap kepada sinar-X disuntik ke dalam salur darah untuk melihat imej salur darah)
• Memasukkan skop melalui badan bagi tujuan pembedahan dan rawatan seperti laparoskopi
• Biopsi hati dan lain-lain organ tanpa memasukkan cecair ke dalamnya
• Ujian endoskopi bagi tujuan diagnosis seperti gastroskop (memasukkan alat skop ke dalam ruang perut) dengan syarat tidak memasukkan sebarang cecair ke dalam perut melalui alat itu
• Memasukkan peralatan atau pemberian suntikan ke saraf tunjang untuk tujuan pemeriksaan atau rawatan
• Menggunakan pam pelega (mengandungi semburan ubat) bagi pesakit asma, sama ada pam inhaler atau nebulizer. Penggunaan pam ini tidak membatalkan puasa kerana yang disedut itu adalah gas dan untuk tujuan rawatan

Bagaimanapun, bagi pesakit yang tidak sedarkan diri ketika berpuasa (akibat kesan bius seluruh badan) ada dua keadaan. Berdasarkan Mazhab Shafie dan Hambali, jika seseorang itu pengsan dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dia dikira tidak berpuasa. Namun puasa seseorang itu masih sah jika dia hanya tidak sedarkan diri separuh hari.

Masalah gusi berdarah, hidung berdarah atau selesema pula dikategorikan sebagai masalah yang tidak dapat dielakkan dan ia dimaafkan.

Puasa seseorang itu masih sah tetapi perlu memastikan darah diludah atau menghembus hingus. Berhati-hati jangan sampai tertelan kerana ia boleh membatalkan puasa.

Pun begitu, suntikan vitamin dan glukos membatalkan puasa kerana memasukkan makanan ke dalam badan. Vitamin adalah makanan tambahan, manakala glukos pula ialah gula ringkas yang boleh mengembalikan tenaga.

Bagi yang memerlukan rawatan sepanjang Ramadan ini, usah menangguhkannya kerana dikhuatiri penyakit bertambah teruk.

Berpuasalah selagi terdaya kerana secara kajian sudah membuktikan ibadat ini boleh memperbaiki tahap kesihatan, terutama di kalangan pesakit kencing manis.

Friday, August 28, 2009

:: Ada Apa Sama Poco-Poco ::

Untuk kawan-kawan sekalian, cK nak kongsikan email yang cK terima ni untuk sama-sama direnungkan.


Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini.

Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini

"Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.

Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan

kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa.

Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama2 fikirkan."

Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan aeperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoal an itu semua.

Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.


Tuesday, August 25, 2009

:: Iftar Kampung Sri 360 & Majlis Sambut Menantu ::

Usul tarikh: 12 September 2009 (Sabtu)
Venue : Kediaman pasangan K.E & Zila di Shah Alam
Waktu: 630ptg - 10mlm
Hidangan : Pot Luck Style

Salam semua,

Usul telah diwar-warkan oleh Cik Yaya kita untuk majlis diatas. Adalah amat dialu-alukan pendapat orang2 kampung sekalian dalam memberi pandangan dalam membuat pengisian acara.

Oleh kerana ianya dilakukan secara pot luck, sila sahkan kehadiran anda bersama dengan hidangan yang korang sediakan untuk majlis tersebut.

Sebarang bantahan/ cadangan terhadap tarikh penganjuran boleh dikemukan dan akan dibincangkan untuk kebaikan bersama.

Terima kasih pada tuan rumah yang sudi menaja tapak perkhemahan tahun ini.

Yang kena perintah,
Cik Kuntum

Thursday, August 20, 2009

:: Selamat Berpuasa ::

Klik untuk besorkan

Klik untuk besorkan

Untuk semua warga kampung, sama-samalah kita menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan. Dengan ini dilampirkan bersama-sama bacaan dan perkara yang sinonim dengan bulan puasa.

p/s : Nak usulkan juga agar dimuat naikkan (upload) bahan bacaan berguna sepanjang bulan Ramadhan agar kita sama-sama dapat menghayati bulan mulia ini dengan lebih keimanan.