Attention:

Members please update your information....

Click here to update!

Friday, May 22, 2009

Lima jenis sabar

SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.

Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.

Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'.

Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.

Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)

Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.

Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:

  • Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.

  • Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.

  • Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

    5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.

    Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.
  • Monday, May 18, 2009

    9 Sebab Musabab Hati Tidak Bahagia

    Renungan ini dibawakan untuk sekalian penduduk kampung yang di sayangi.

    Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

    1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

    2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

    3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

    4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

    5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

    6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

    7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari su dut zahir mahupun batin.

    8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

    9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila su dah dapat su sah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan su paya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

    Kesimpulan

    Yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan tetapi ianya adalah sifat MAZMUMMAH.

    Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Maka, sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
    Wallahualam.

    Tuesday, May 12, 2009

    T Shirt Kg Sri 360 complete

    Kpd org2 kg semua... tima kasih byk2 kerana dpt bersabar menunggu tshirt kg kita ni yg dh lama kita nk wat.. apa2 pun warung tok kene roboh gara2 ada segelintir org2 kg tidak sabar utk mendapatkan tshirt..

    jutaan terima kasih kepada kak zura (sis teja) dlm meghasilkan tshirt kg kita ni dgn harga yg sgt murah dan berkualiti... kami mintak maaf byk2 sekiranya ada mslh dgn kak zura ketika pembayaran baju..huhuhuhu...

    anda semua boleh tgk latest update tshirt kg kita kt sis teja nyer blog

    Monday, May 11, 2009

    T shirt Kg sri 360

    okey semua.. tshirt kg kita dah siapppp!!!! yayyyy..

    skg tinggal tunggu update gmbr dari sis teja utk kita lihat...

    penghantaran akan diuruskan segera...

    yayyyyyy!!!

    Sunday, May 10, 2009

    Kongsi Ilmu


    Sayidana Ali berkata:

    “Ilmu lebih baik dari harta. Ilmu menjaga kamu, sebaliknya harta kamu yang menjaganya. Ilmu mengadili, manakala harta diadili. Harta berkurang apabila dibelanjakan, manakala ilmu bertambah apabila dikembangkan.”

    Sekarang ni tiap kali balik solat Jumaat, Bamin tak dapat nak share isi kandungan khutbah dengan Mem... sebab tak faham Imam cakap apa.


    Bukan saja ilmu agama... malahan ilmu menguasai bahasa juga penting.

    Tu la... rugi (Bamin... ngan Mem...) tak belajar bahasa Arab ni. Tau al-layla jer. Bak kata Bukit, anak-anak Arab ni terror betul. Kecik-kecik dah pandai cakap Arab. 

    Oleh itu, sehubungan dengan topik kongsi ilmu ni, Mem nak usulkan... you alls yang lelaki ni, kalau boleh share la ngan Mem dan orang kampung sekali... antara isi kandungan khutbah yang menarik (... setiap hari Jumaat....  sekiranya you all berkesempatan la). Apa kata? Alaaa... tak payah panjang/banyak. Satu point cukup.

    Saya harap permohonan saya ini mendapat pertimbangan dari tuan-tuan.
    Terima kasih.

    Tuesday, May 5, 2009

    Sejarah Kampung Sri 360


    Sewaktu Tok baru melangkah ke arah kerja tetap sebagai seorang DTP Artist di KL... baru lah tok berjinak2 kembali dlm friendster dan myspace.. Walaupun sedikit buta IT tapi belajar gak sikit2 mende2 camni... waktu tu jugak Tok menyewa rumah bersama2 dgn K.E (Kambing Eskimo).. K.E lah yg memperkenalkan blog pd Tok ketika itu.. mmg masa tu blur2 gak.. menatang apa ni?... K.E mmg sengaja ingin terjebakkan Tok dlm kekancahan menyeleweng masa ketika bekerja.. godek punya godek... hmmmm.. best gak menatang ni... sejak itu lah tok aktif berblog... masa tu mmg byk idea nk berblog... kwn2 blog masa tu ialah K.e, Jaja, Adusss, Hadi, Aju, Kmazz, Fasha (rasanya mcm ada lagi.. lupa la).. Mereka lah kwn2 blog plg pioneer sebenar2nya.. time tu lak kami mmg aktif sekali dan menggelarkannya sebagai "Saotuck" (sekolah sakit otak) diketuai oleh Cah (adusss)... mereka semua mmg kepala gila.. rasa mereka lebih 'senget dan gila2' daripada skrg.. mgkn dh semakin matang kot... time tu gak memang tiap2 hari nk pecah perot baca blog... kami juga pernah berjumpa antara satu sama lain apabila kami wat gathering dkt KLCC... best time tu.. K.e kene kencing ngan Cah & Aju gila2... mengong...

    Selepas tu Tok juga mempunyai rakan2 blog yang lain mcm Dory, Yaya, Mamaket, Lady Tessa, Mommi Mok, Mem Aluyah, Beaber dan kawan2 yg lain sekarang ni...Disebabkan kumpulan Saotuck semakin hambar mgkn dh mula bz nk kawin n haluan masing2.. Tok mula aktif berblog dgn Yaya dan Mamaket.. kalo x silap... Dan slps tu Tok berjumpa dengan Yaya buat pertama kali serta rakan2nya ketika berbuka puasa di Chili's Midvalley... Tok mmg malu2 harimau time tu.. bila tgk semua kwn2 chill baru lah tok ok skit.. bermula lah saat perkenalan dengan Yana, Rizal, Cikgu Comot dan kwn Yaya yg lain (dh x ingat nama2 yg lain).. plg seronok bila berceloteh dgn Yana.. ada jer story mory... seronok tgk dia... hahahaha.. mmg best time tu.. pada Detik Mula itu lah... kawan blog Yahoo 360 semakin ramai diperkenalkan... tapi kwn2 Saotuck masih lagi berblog cuma sedikit hambar jer... Perkenalan seterusnya Tok memperkenalkan K.e dgn Yaya, Yana, Kak Mazni, Cikgu Comot, Ila dan Rizal di Bagan lalang... kami mkn besar ketika itu.. dan secara kebetulan celebrate besday Yana... mmg best...

    Perkenalan ngan Yaya juga lah Tok dpt kenal kwn2 blog baru yg lain... di saat itu lah kemuncaknya perkenalan serta berblogging aktif dan meriah skali... teringat juga Nabil cuba berjinak2 dgn kami akhirnya kami jinakkan dia masuk sebahagian daripada kwn2 berblogging... (teringat kucing kat Venice Nabil pegang).. mmg seronok sgt dpt berkenalan dgn semua ketika itu.. ada jer update yg pecah perot... mcm Mamaket nye update... sampai kene tahan gelak kt ofis... berair mata tahan gelak... Perjumpaan seterusnya pula dekat chili's gak... pertama kali jumpa Mamaket dgn anak2nya, Kak Sheena, Dory, Spazzo... hhmmm sape lagi ek ... time tu pun best gak.. along ada. Hadi ada.. Jaja Ada... Kami sama2 celebrate besday Mamaket...yang ke 28 kot... huhuhhuhu... muda you....

    Acara gathering diteruskan apabila Mem Aluyah ajak makan beramai2 kat steamboat, subang... time tu tok x dpt join sbb ada hal yg x dpt dielakkan.. ramai gak time tu.. masing2 mula berkenalan ngan Mem Aluyah, Bamin, Bukit, Som, Zool... sape lagi ek?... Tok x gi cuma tgk kt gambar jer.. huhuuhuhuh.... begitulah seterusnya perkenalan antara kami semua... Antara Gathering yg terbesar adalah ketika Perkahwinan kakak Nabil yg diadakan di Dewan Felda Jln Semarak... Sblm itu kami dimaklumkan oleh Nabil yg dia akan pulang ke tanahair utk memeriahkan perkahwinan yg amat bermakna dlm keluarganya... Kami semua amat berterima kasih dan terharu atas jemputan khas oleh Nabil ketika itu... Masa tu juga Tok x menjangkakan hampir semua yg datang.. Alhamdulillah ketika itu hanya 3... 4 org jer yg x dpt hadir... Mem Aluyah, Bamin, Baman, Wani pertama kali berjumpa dgn mereka... dpt bertemu semua saat manis yg x dpt Tok lupakan sbb kemeriahan org2 kampung ketika itu mmg chill abis.... bergambar x putus2... muahahaha..... x dpt kami lupakan juga apabila kami semua dpt cenderahati dari Nabil khas dari UK... best sgt2... x sangka leh jumpa kwn2 blog yg ketika itu x sampai setahun pun kenal antara satu sama lain..

    Selepas pertemuan dgn semua... bermula lah secara tidak rasmi Tok ditabalkan oleh nabil serta kwn2 yg lain sebagai ketua kampung di mana tok yg kenal semua org... dan Kampung Sri 360 nama diberi oleh Nabil sempena pertemuan kami semua ketika itu dan Yaya juga merancakkan Kampung kita secara tidak rasmi.... Ini lah waktu kemuncak dimana Kampung Sri 360 dpt lebih ramai kenalan sehinggalah sekarang....

    Sepanjang kita berblogging mcm2 perkara yg terjadi kat Kg kita... sampai disebabkan satu peristiwa pahit.. terpaksalah kita berpindah ke Blogspot yg lebih selamat dan terjamin walaupun agak leceh sedikit... Thanks to Mem Aluyah & Mommi kerana mengembalikan semangat balik utk kita terus berblogging sehingga sekarang... sampai skrg Tok masih rindukan kg lama kita di Yahoo360... byk kenangan kat sana kita kongsi bersama...

    Tok nk menceritakan pun banyak n panjang sangat... penat tok nk menaip nih.. byk yg kita dh berkongsi bersama dlm berblogging... Diharap perkenalan kita kekal sehingga akhir hayat .. InsyaAllah... walaupun tidak berjumpa dgn kowang semua.. .. walaupun kadang kala tidak semua org kampung bersependapat... tetapi ada baiknya supaya kita dpt memahami antara satu sama lain dgn menjaga hak dan kepentingan masing2 x kira lah dari segi hati dan perasaan....Tok mmg sayangkan org2 kampung tok.. x kisahlah dia tu sape pun... anak menteri ker.. kerja sapu sampah ker... lantaklah.. ... bagi prinsip berkawan bg tok.. sekiranya anda ikhlas nak berkawan n berkenalan ngan tok... tok terima sahaja.. xde syarat apa2... yg penting kita ENJOYYY!!!!!!!....

    Apa2 pun Tok ingin menyambut hari Ulang Tahun Kedua kita (6 Mei 2009) kepada semua penduduk Kampung Sri 360!!!!!.... yaaayyyyyy!!!!!!....